Ramai berpendapat bahawa dalam dunia ini ada tujuh orang yang berwajah serupa. Betul ke? Mungkin itu yang cuba disampaikan oleh seorang pengguna TikTok yang ‘memadankan’ tiga figura berbeza latar belakang dari tiga negara berbeza ini.

Menerusi akaun TikTok juannx_x, tiga individu yang dipadankan mempunyai wajah yang seakan-akan serupa adalah pelakon dari Korea, Lee Dong Wook, pendakwah bebas dari Malaysia, PU Azman dan pelakon dari Thailand, Sunny Suwanmethanont.

Viral sehingga menerima lebih 80,000 tanda suka dan ditonton leboh 400,000 kali, pada ruangan kapsyen, pemilik akaun terbabit menulis: “Nii haa kembar terpisah yang korang cari,” tulisnya.
@juannx_x

ni haa kembar terpisah yang korang cari?? ##fyp ##xyzbca ##leedongwook ##sunnysuwanmethanon ##puazman ##foryou ##thaienthu

♬ Own Brand Freestyle - FelixThe1st & Dreya Mac

Nampaknya, pemilik akaun TikTok berkenaan tidak keseorangan. Rata-rata pengguna TikTok lain turut melahirkan rasa teruja apabila mendapati ketiga-tiga mereka memiliki raut wajah yang hampir serupa.

“Asal muka dorang dah nak dekat sama” tanya seorang pengguna TikTok.

“Dah lah PU Azman dari dulu lagi ada je komen kat Dongwook punya post IG,” respons seorang lagi pengguna TikTok.

“Sebijik dohhh dorang bertiga,” ulas seorang netizen pula.

Dalam pada itu, ada juga yang berseloroh dan menulis: “Plot twist: Entah-entah diaorang adik-beradik cuma beza negara je,” tulisnya.

Lebih menarik, seorang netizen turut mengingatkan yang ketiga-tiga mereka lahir pada tahun yang sama.

“The fact that all of them born in 1981,” kongsi seorang wargamaya.

Sekadar perkongsian, Lee Dong Wook merupakan aktor popular Korea yang dilahirkan di Seoul. Dia popular menerusi drama bersiri seperti My Girl, Scent of a Woman dan Tale of the Nine Tailed.

PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias pula merupakan pendakwah bebas yang dilahirkan di Negeri Sembilan. Kerjayanya bermula selepas menjuarai program Pencetus Ummah musim kedua. PU Azman juga pernah membintangi beberapa buah drama dan telefilem seperti Lelaki Kiriman Tuhan dan Ustaz Evo The Movie.

Manakala Sunny pula merupakan seorang pelakon kelahiran Thailand yang mempunyai darah kacukan Thai-Singapura belah ayah dan Perancis di sebelah emaknya. Nama Sunny kian dikenali selepas drama dan filem lakonannya My Ambulance serta Brother of the Year mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan peminat tempatan.