Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Impressed Dengan Koleksi Beg Tangan Mewah RM136,000 Vivy Yusof - “Kita Mampu Mimpi Je Nak Beli Satu Handbag Ni…”

Umirah Halim
02/11/2024 03:55 MYT

Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai isu kerugian pelaburan dana awam yang melibatkan pasangan usahawan Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.

Beg tangan cecah RM320,000

Terbaharu, tular semula potongan video koleksi beg tangan daripada jenama mewah yang dimiliki Vivy.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, pengguna yang dikenali sebagai Aliff Ahmad memuat naik semula video pempengaruh Mirzan Johor yang memaklumkan bahawa jumlah bagi empat buah beg tengan kepunyaan Vivy mencecah RM320,000.

“Beg pertama ini ialah ‘Hermes Birkin’ saiz 30 berwarna biru dan harga beg ini dalam Rm100,000 sahaja.

“Agak ganaslah kalau beg macam ini anda bawa pergi ‘travel’. Jadi, saya sangat menghormati Vivy kerana berani memiliki beg berwarna ini.

“Okay baiklah beg (kedua) ini saiznya adalah sama dengan beg berwarna biru tadi tetapi disebabkan warna dan juga bahan yang digunakan agak mahal jadi harganya dalam RM136,000.

“Jadi sama-sama kita kira guna kalkulator berapa jumlah harga beg tangan Vivy.

“Yang pertama RM136,000, beg yang kedua berharga RM100,000, yang ketiga adalah RM57,000 dan yang keempat berharga RM28,000. Jumlah keseluruhan harga beg tangan Vivy ialah RM320,000,” ujarnya.

BERITA TRENDING: SPRM Mulakan Siasatan Berhubung Kerugian Pelaburan FashionValet

BERITA TRENDING: "Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

BERITA TRENDING: Vivy Yusof & Fadzaruddin Mohon Maaf, Letak Jawatan Dalam FashionValet

BERITA TRENDING: "Masalah Saya Sekarang Ni ..." - Sara Ali Masuk Kelas Lakonan Demi Filem Bisikan Dosa

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Susulan video yang tular itu, ramai warganet yang rata-ratanya mula membangkitkan isu mengenai kerugian pelaburan dana awam melibatkan syarikat kendalian Vivy dan suaminya di ruangan komen.

“Business merudum pun handbag brand mahal mahal ye.

“Ada kalangan kita hanya mampu bermimpi je utk beli satu handbag vivy tu. Betul out of touch la vivy ni.

“Ramai betul kritik Vivy cakap bisnes menjadi sbb bapak dia yg support.To be fair, ramai je orang yg mak bapak support hidup lavish,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta.

Ia merupakan hasil penjualan pegangan minoriti dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet Sdn Bhd.

Susulan itu, warganet mendesak Vivy dan Fadza untuk memberi penjelasan berikutan isu kerugian pelaburan berkenaan.

Vivy dan Fadza kemudiannya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan mereka di dalam syarikat FashionValet menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG).

Vivy dan Fadza juga mengakui kesilapan yang telah dilakukan sekaligus mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan berkenaan.

#Vivy Yusof #Koleksi #Mewah #Tangan #Beg #Handbag #dUck
;