Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
Amri Hassan
30/10/2024
03:25 MYT
Sponsor Banner
"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Vivy menerusi hantaran di Instagramnya pada Rabu menjelaskan pihaknya bakal tampil ke hadapan dan berpesan kepada orang ramai agar tidak terus menyebarkan fitnah.
"Terlalu banyak yang saya nak kongsikan nanti, insya-Allah. Buat masa sekarang, saya biarkan saya apa yang orang nak katakan.
"Cumanya berhati-hatilah dengan fitnah yang kamu sebarkan tentang orang lain," tulisnya di Instagram Stories.
Dalam pada itu, Vivy turut berkongsi keadaan semasanya yang terlantar di hospital menerima rawatan.
"Buat masa sekarang ini, saya sedang berjuang dengan keadaan ini. Akan dikongsikan juga kelak," tambahnya.

BERITA TRENDING: 10 Tahun Sukses Berbisnes, Vivy Yusof Rancang Nak Tulis Buku - "Banyak Kisah Saya Belum Kongsi"

Vivy terus menjadi sasaran selepas Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta melalui pelaburan bersama Fashion Valet.
Disebabkan itu, netizen mendesak Vivy untuk menjelaskan kerugian pelaburan dana awam yang berjumlah RM47 juta pada 2018 kini hanya bernilai RM3.1 juta.
Menurut Kementerian Kewangan, pelaburan Khazanah ketika itu bertujuan memupuk usahawan teknologi tempatan dan mendukung sektor e-dagang.
PNB pula menyasarkan untuk menyokong syarikat runcit digital Bumiputera bagi membangunkan platform runcit serantau jenama Malaysia.
Namun, disebabkan cabaran pasaran serta kesan pandemik COVID-19, Fashion Valet mengalami kerugian besar yang memerlukan modal baharu bagi meneruskan operasi.

BERITA TRENDING: Vivy Yusof Mahu Tawarkan Cuti Tahunan Tanpa Had Pada Pekerja Syarikatnya

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024