VIRAL

Netizen Kagum Dengan Aliff Syukri Terus Cari Rezeki Selepas Bersahur - "Cemburu Dengan Semangat Datuk..."

Ainun Md Zooki 08/03/2025 | 05:55 MYT

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan semangat luar biasanya dalam mencari rezeki.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Datuk Seri Aliff Syukri, 37, mengakui perjalanan kejayaannya yang diperolehi oleh dia sekarang bukanlah semudah yang disangka ramai.

Katanya dia perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan, kerana tiada jalan pintas dalam hidup.

"Bukan senang nak senang. Orang lain lepas sahur, tidur. Saya pukul 5 pagi terus buat live. Orang tak tahu usaha kita," katanya menerusi video TikTok.

Pada masa sama, usahawan itu turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang terus menyokong produk keluarannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kesungguhan Datuk Seri Aliff Syukri mencari rezeki dalam dunia perniagaan. Malah, ada yang menyifatkan semangat seperti ini wajar dicontohi untuk mencapai kejayaan.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

"Dato’ teruskan berusaha berniaga… anak Dato’ ramai tu banyak duit nak pakai membesarkan anak anak tu."
"Satu je yang saya respect Dato’ walaupun Allah dah bagi rezeki lebih Dato’ takde pun nak tambah bini. Salute Dato’ ."

"Makin banyak duit, makin banyak komitenment dia… jadi bersyukurlah dengan kehidupan masing masing."

"Cemburu dengan semangat Dato’ … bukan semua orang ada semangat macam tu… akak tak mampu," komen netizen.

BERITA BERKAITAN: Aliff Syukri Rasa Terbeban Miliki Rumah Besar - “Saya Kena Peruntukkan Ratusan Ribu Untuk Repair…”

BERITA BERKAITAN: "Ada Yang Tak Sabar Lagu Raya Artis No. 1 Malaysia?" - Aliff Syukri Beri Hint Bakal Keluar Lagu Raya, Netizen Nervous!

BERITA BERKAITAN: Tetap Professional Walaupun Bergaduh, Shahida Kongsi Kisah Asam Garam Rumah Tangga Bersama Aliff Syukri - “4 Bulan Tak Bercakap…”

BERITA BERKAITAN: Shahida Pening Dengan Alif Syukri Sebab Jual Jeruk Tapi Netizen Minta Jangan Halang - “ Biarkan Datin Daripada Tiba-Tiba…”

#Datuk Aliff Syukri #Sahur #Rezeki #Cari