,
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

Amri Hassan
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Penkek itu dihasilkan atas permintaan orang ramai yang mencabarnya peniaga di Melaka itu untuk menunjukkan kehebatannya.
"MAAF TAK PERFECT. Sebab lukisan atas kuali tak sama macam atas kertas.
"Disebabkan permintaan paling tinggi dalam live Abang Pancake Kartun minta lukiskan Fattah Amin, abang tunaikan," tulisnya dalam hantaran video di TikTok.

BERITA TRENDING: “Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin

Penkek itu dihasilkan selepas memperoleh 150,000 likes daripada video terdahulu.
"Ramai je datang kedai minta lukiskan muka sendiri/muka artis/muka isteri atau suami. Bukan abang tak boleh lukis, cuma lukis muka orang ni rumit dan ambil masa sangat lama.
"Nanti takut orang kecewa sebab tak dapat macam rupa yang korang nak. Kalau boleh abang nak tunaikan permintaan customer tapi tak semua abang mampu tunaikan," tulisnya lagi.
Hasil kreativiti peniaga itu, netizen singgah di ruangan komen menuliskan kata-kata pujian dan mengagumi bakatnya.
"Ni kalau dah mkn, tak sampai hati nak ber*k. Sebab sayang..nak biar je fattah dalam perut.
"Ni kalau abang jual 30 pun orang yang minat Fattah Amin snggup beli.
"Kalau aku lukis jadi patah balik.
"Kalau beli, confirm simpan dalam frame sebab sayang nak makan.
"Sebelum terbalik Usop Sontorian, selepas terbalik nampak segak bam patah. Terbaik bang," tulis beberapa warganet.
Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit mencatatkan lebih setengah juga views di TikTok.
@abangpancakekartun MAAF TAK PERFECT. Sebab lukisan atas kuali tak sama macam atas kertas Disebabkan permintaan paling tinggi dalam live Abang Pancake Kartun minta lukiskan @Fattah Amin abang tunaikan Terima kasih yang join live. Jangan lupa selalu join live kami okay. Jom datang support Abang Pancake Kartun di ?PANTAI EYE ON, MELAKA #abangpancakekartun #pancakekartun #pancake #pancakekartunmalaysia #pancakekartunmelaka #pancakecartoon #pancakecartoonmelaka #pancakecartoonmalaysia #cartoonpancake #cartoonpancakemalaysia #cartoonpancakemelaka #melaka #pantaieyeon #pantaieyeonmelaka #kelaspjj #pjjpancakekartun #pjjpancake #fattahamin ♬ Wanita Terakhir - Fattah Amin
Peniaga itu sebelum ini mencuri tumpuan dengan menghasilkan penkek dengan ikon dan watak popular antaranya Chucky, Stitch, Captain America, Bumblebee, Datuk Seri Vida dan banyak lagi.

BERITA TRENDING: Individu ‘Bitter’ Fattah Amin Dapat ‘Job Lebat’ Lepas Cerai, Anggap ‘Beauty Privilege’ Itu Wujud – “Padahal Ramai Lagi Duda Lain Yang Tak Ada Job”

BERITA TRENDING: Digelar ‘Duda Paling Hot', Ini Komen Fattah Amin - “Terima Kasih Buat Peminat, Tanpa Mereka Tiada Fattah Amin”

BERITA TRENDING: Video Fattah Amin Tentang Pesanan Ayah Kembali Tular - “Jangan Pernah Khianati Isteri”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Fattah Amin Bukan Saja Selebriti Dihormati Tapi Bersemangat Beri Inspirasi Generasi Muda" - Cikgu Fana PTTI

gempak
22/10/2024
13:50 MYT
Pelakon terkenal Fattah Amin melangkah ke arena pendidikan dengan kolaborasi terbaharunya bersama pusat tuisyen terkemuka, PTTI dalam usaha untuk memberikan sokongan kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
Hiburan

Tiga Kali Janda, Britney Spears Umum Kahwin Diri Sendiri

gempak
22/10/2024
05:50 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Britney Spears mengejutkan peminat dan pengguna media sosial menerusi perkongsian terkininya.
Viral

Jaguh Badminton Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia

gempak
22/10/2024
05:30 MYT
Bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik menjadi Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
Hiburan

“Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin

gempak
22/10/2024
03:20 MYT
Aktor Fattah Amin memaklumkan dia ada berjumpa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
BorakSeeni