Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

Amri Hassan
22/10/2024 12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.

Penkek itu dihasilkan atas permintaan orang ramai yang mencabarnya peniaga di Melaka itu untuk menunjukkan kehebatannya.

"MAAF TAK PERFECT. Sebab lukisan atas kuali tak sama macam atas kertas.

"Disebabkan permintaan paling tinggi dalam live Abang Pancake Kartun minta lukiskan Fattah Amin, abang tunaikan," tulisnya dalam hantaran video di TikTok.

BERITA TRENDING: “Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin

Penkek itu dihasilkan selepas memperoleh 150,000 likes daripada video terdahulu.

"Ramai je datang kedai minta lukiskan muka sendiri/muka artis/muka isteri atau suami. Bukan abang tak boleh lukis, cuma lukis muka orang ni rumit dan ambil masa sangat lama.

"Nanti takut orang kecewa sebab tak dapat macam rupa yang korang nak. Kalau boleh abang nak tunaikan permintaan customer tapi tak semua abang mampu tunaikan," tulisnya lagi.

Hasil kreativiti peniaga itu, netizen singgah di ruangan komen menuliskan kata-kata pujian dan mengagumi bakatnya.

"Ni kalau dah mkn, tak sampai hati nak ber*k. Sebab sayang..nak biar je fattah dalam perut.

"Ni kalau abang jual 30 pun orang yang minat Fattah Amin snggup beli.

"Kalau aku lukis jadi patah balik.

"Kalau beli, confirm simpan dalam frame sebab sayang nak makan.

"Sebelum terbalik Usop Sontorian, selepas terbalik nampak segak bam patah. Terbaik bang," tulis beberapa warganet.


Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit mencatatkan lebih setengah juga views di TikTok.
undefined
Peniaga itu sebelum ini mencuri tumpuan dengan menghasilkan penkek dengan ikon dan watak popular antaranya Chucky, Stitch, Captain America, Bumblebee, Datuk Seri Vida dan banyak lagi.

BERITA TRENDING: Individu ‘Bitter’ Fattah Amin Dapat ‘Job Lebat’ Lepas Cerai, Anggap ‘Beauty Privilege’ Itu Wujud – “Padahal Ramai Lagi Duda Lain Yang Tak Ada Job”

BERITA TRENDING: Digelar ‘Duda Paling Hot', Ini Komen Fattah Amin - “Terima Kasih Buat Peminat, Tanpa Mereka Tiada Fattah Amin”

BERITA TRENDING: Video Fattah Amin Tentang Pesanan Ayah Kembali Tular - “Jangan Pernah Khianati Isteri”

#pelakon #Viral #Fattah Amin #Melaka #Penkek
;