Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Netizen Kata Leona Macam 'Mak Anak 5', Empunya Badan Respon; "Adakah Mak Kamu..."

Izwan Isa 05/12/2023 | 13:55 MYT
Anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona akhirnya membuka mulut mengenai kritikan yang diterima sejak video tariannya sambil mengenakan pakaian seksi tular di media sosial.
Leona menerusi beberapa hantaran di platform X berkata, dia tertanya-tanya apakah motif netizen meninggalkan komen di akaun media sosial miliknya.

BERITA TRENDING: Netizen Mengucap, Terkejut Baju Leona Hampir Terlondeh Ketika Menari - “Jangan Macam Ni Ingatlah..."

Kata pencipta kandungan Youtube itu, dia sama sekali tidak pernah membaca komen dan secara teknikalnya, netizen yang kerap meninggalkan komen dianggap seolah-olah bercakap dengan diri sendiri.
“Jika badan saya berisi, jadi kenapa? Adakah ia memberikan kesan pada kamu? Maaf jika kamu tidak suka penampilan kamu, tapi janganlah lontarkan rasa kurang yakin itu pada saya. Saya gembira dengan diri saya dan itu paling penting.
“Apa sebenarnya niat kamu bila kamu tinggalkan komen pelik dekat hantaran saya? Tuntutan agama? Sebab memang rasa nak cakap sesuatu? Kepuasan? Saya tak baca komen, jadi sekarang ni kamu tengah bercakap dengan diri sendiri,” tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Leona sempat bergurau dan berkata: “Ada yang kata badan saya macam saya mak beranak 5, adakah mak kamu serupa macam saya?
“Jika mengambil tahu tentang hidup saya berikan kamu kegembiraan, teruskan sahaja. Mungkin ia satu-satunya hal yang menarik dalam hidup kamu. Hidup kamu dah memang dah sengsara dan saya rasa kasihan pada kamu

BERITA TRENDING: Netizen Pertikai Jual ‘Casing Hp’, Leona Marah Pun Comel! - "Seriously Guna Otak Sikit, Duduk Tutup Mata Fikir"

“Pada penghujung hari, hidup ini singkat. Jika ini adalah cara kamu mahu menjalani hidup, jadi ikutlah cara itu. Tapi kalau nak tahu, ada banyak perkara lain di luar sana berbanding kehidupan di alam maya. Letak telefon kamu dan libatkan diri dalam dunia sebenar di sekeliling kamu,” katanya.
Sumber: Platform X
#Azhar Sulaiman #Leona
;