Laman Utama

Netizen Pertikai Jual ‘Casing Hp’, Leona Marah Pun Comel! - "Seriously Guna Otak Sikit, Duduk Tutup Mata Fikir"

gempak
Asyikin Mayudin
26/09/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
Netizen Pertikai Jual ‘Casing Hp’, Leona Marah Pun Comel! - "Seriously Guna Otak Sikit, Duduk Tutup Mata Fikir"
Tular video memperlihatkan pempengaruh media sosial sensasi iaitu Kasih Iris Leona meluahkan rasa berang terhadap netizen ketika sedang membuat siaran langsung di laman sosial.
Difahamkan, kemarahan anak perempuan kepada aktor Azhar Sulaiman itu mula timbul disebabkan segelintir netizen mempertikaikan dia menjual casing handphone.
“Nanti bila kau mati, kau suruh keluarga you kebumikan awak dengan casing casing ini dan nanti dekat padang mahsyar bagitahu I kalau boleh masuk syurga dengan casing I okay.
“Aku cari kau… bagitahu I kalau kau boleh masuk dengan beli. Seriously guna otak sikit, duduk tutup mata fikir, ini soalan valid atau bodoh. Ini soalan bab syurga neraka ini, aku tak tahu, kau pun tak tahu, jadi jangan tanya.
“Kita ada malaikat, dia akan catat dan kita tengok la. Kau ini tengok tu, buat aku panas baran pula dah. Jangan buat I marah lagi. Aku baling ini dekat kepala kau, pecah tau macam kelapa
“Saya rasa kelapa lagi bagus daripada kepala awak. Sebab kepala awak tak ada benda dalam macam kelapa. Kenapa ada air je, ya awak punya kepala macam kelapa,” kata Leona.
Menerusi ruang komen di video yang dimuat naik semula di TikTok, rata-rata netizen lebih terhibur melihat gelagat Leona marah yang dianggap comel.
BACA SINI: Mahu Cari 'Boyfriend', Kasih Iris Leona Sediakan Borang Permohonan - “I’m Serious…”
Malah, netizen juga mula menyukai Leona disebabkan cara pempengaruh itu meluahkan rasa marah dengan menggunakan bahasa Melayu.
“Comelnya dia marah, dengan pelat-pelat Melayu dia. Dengan muka bulat comel dia, macam ini tak takut la, suka lagi ada la.
“Dia marah sampai tercungap-cungap bukan sebab dia habis tenaga kerana marah tapi sebab dia penat nak fikir perkataan nak maki. Ini namanya maki dalam tenang, comel saja.
“Dia ini sebenarnya sejenis tak reti marah tapi nak marah juga, dia jadi kelakar la pula,” komen beberapa netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live