HIBURAN
Netizen Kecewa Penampilan Tya Arifin Di Oxford Jadi Perhatian - “Sikit Sikit Hilang Terus”
Pelakon Indonesia, Tya Arifin menerima tegur dari warganet selepas memuat naik gambarnya mengenakan tudung yang menampakkan leher dan rambutnya di Instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, Tya mengenakan busana berwarna putih dan digayakan dengan selendang putih ketika dia mahu menghadiri kelas pengajiannya di University of Oxford, London.
“Student life,” tulisnya.
Selepas penampilan terbaharu menantu kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian ramai, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan berharap agar Tya Arifin kekal istiqamah dalam penampilannya.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Sikit sikit lama lama hilang terus.”
“Tya, kalau pakai tudung tu jangan kerana fasyen ye.”
“Harapnya Tya kekal istiqomah dalam mengenakan gaya tudung yang rapi,” komen dari netizen.
Sekadar info, Tya Arifin mula berhijab sekitar tahun 2020 ketika menghadiri majlis perkahwinan jiran tanpa sebarang perancangan awal.
Katanya, selepas mengenakan hijab pada hari tersebut, dia berasa tidak selesa untuk tidak berhijab pada hari-hari berikutnya dan bertekad untuk istiqamah dalam penghijrahannya.