Hiburan
Netizen Keliru Sama Ada Anak Faham Bahasa Melayu Atau Tidak, Ini Jawapan Que Haidar!
Pelakon Que Haidar berkongsi sebuah rakaman video anak-anaknya, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra bersama pembantu rumah mereka yang dikenali dengan nama Mus.
Menerusi video tersebut, dua orang puteri Que kelihatan sedih apabila pembantu rumah membuat keputusan untuk berhenti kerja selepas tiga tahun.
"Bergenang air mata saya bila tengok anak-anak macam ni.
"Hari ni hari terakhir pembantu rumah kami berkhidmat dengan kami setelah tiga tahun.
"Kesian tengok Ratu dan Cleo. Insya-Allah nanti kalau panjang umur lagi jumpa lagi kak Mus," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Menjengah di ruangan komen, terdapat seorang pengikut yang keliru apabila melihat anak-anak Que faham dalam bahasa Melayu.
"Bibik cakap bahasa Melayu ke bro. Anak-anak faham la ek bahasa Melayu," tulisnya.
Jawab Que, anak-anaknya fasih bertutur dalam bahasa ibunda.
"Dia orang boleh cakap Melayu la," balasnya.
Que Haidar dan guru tari Linda Jasmine telah berkahwin pada 14 Februari 2009.
Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 9, dan Tengku Cleopatra Haidar, 7.
Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qalif Khan hasil perkahwinan sebelum ini.
Must-Watch Video