Netizen Kesal Sikap Ghairah Viral, Selalu Tolong Orang Yang Salah - “Jangan Terlalu Percaya…”
Firdaus
25/05/2024 13:55 MYT
25/05/2024 13:55 MYT
Seorang individu di Facebook meluahkan rasa kekesalan dengan segelintir pihak yang ghairah menularkan sesuatu perkara tanpa sebarang penyelidikan.
Kongsi Pengalaman Bantu Orang Yang Salah
Berkongsi cerita tentang pengalamannya yang seakan-akan sama dengan isu viral baru-baru ini, individu tersebut menceritakan tentang segelintir pihak di luar sana yang menggunakan ‘kesusahan’ sebagai salah satu cara meraih simpati orang ramai bagi meraih keuntungan diri sendiri.
“Kita punya tolong bagai nak rak, sewakan rumah sebab kena halau. Rupanya dulu kena halau sebab tokan dadah.
“Duduk rumah baru yang aku carikan, orang sedekah semua peralatan rumah, katil, sofa, perkakas dapur semua, dua bulan lepas tu pemilik rumah hubungi aku. Tak tahan.
“Rumah baru je repair dan cat rosak binasa. Tak jaga kebersihan. Aktif jual dadah. Anak- anak biadab dan kurang ajar dengan penduduk sekitar,” katanya.

“Kadang-kadang jangan terlalu percaya dengan benda viral...
Pada penghujung coretannya, individu berkenaan menegaskan supaya sentiasa menyelidik latar belakang seseorang sebelum memberi sebarang bantuan kerana bimbang kesengsaraan yang dipamerkan itu hanya sekadar modal untuk mengambil kesempatan.
“Kadang-kadang jangan terlalu percaya dengan benda viral. Siasat dan tolong jangan persalahkan pihak zakat, orang kampung dan pihak masjid.
“Biasanya kes viral pakat salahkan YB, zakat, orang masjid. Rupanya bila semak, mereka telah dibantu berkali-kali. Dah selesa dengan bantuan sampai malas kerja.
“Mula reka cerita zakat tak bantu lah apa lah. Nak pergi minta bantuan gereja dan sebagainya kerana mengharap simpati orang.
“Membantu dan sedekah itu sikap yang sangat mulia. Cuma pastikan sasaran tu tepat,” luahnya.

BERITA TRENDING: Pasangan Tular Bawa Bayi Atas Motor Mengaku Bukan Suami Isteri, Dalam Proses Berkahwin
Terdahulu, sepasang pasangan dengan anak lelaki berusia 11 bulan yang menggunakan alat pernafasan tular selepas gambar mereka menaiki motosikal bertiga dimuat naik di media sosial.
Susulan penularan itu, pelbagai bantuan telah diberikan termasuk sebuah kereta oleh seorang pemilik kedai automotif bagi memudahkan urusan pasangan tersebut.
Susulan penularan itu, pelbagai bantuan telah diberikan termasuk sebuah kereta oleh seorang pemilik kedai automotif bagi memudahkan urusan pasangan tersebut.
BERITA TRENDING: Individu Mengaku Sebagai Imam Masjid Dakwa Pasangan Tular Belum Berkahwin
Akan tetapi, selepas diperiksa, seorang imam di kawasan berkenaan mendakwa bahawa pasangan itu masih belum berkahwin dan tidak ada sebarang dokumen pernikahan sah bagi kedua-dua individu itu.
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook