Netizen Kurang Senang Umisya Mazlan Berbaik Dengan Marissa Dania, Ini Respons Empunya Badan
Khairil Khusyairi
25/08/2024 03:30 MYT
25/08/2024 03:30 MYT
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania, tampil bersuara mengenai sikap netizen yang kurang senang dengan hubungannya bersama Marissa.
Umisya Kecewa Spekulasi Netizen
Menurut Umisya, dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap netizen yang sering membuat spekulasi mengenai rumah tangganya bersama madu.
Jelas Umisya lagi, dia tetap berpegang kepada prinsip sentiasa menjadi baik dan bersimpati dengan musibah yang dilalui seseorang.
Jelas Umisya lagi, dia tetap berpegang kepada prinsip sentiasa menjadi baik dan bersimpati dengan musibah yang dilalui seseorang.
"Macam-macam spekulasi manusia ni ya, pening kepala. Dah tak reti bezakan musibah dan lain-lain.
"Satu yang Misya selalu terapkan dalam fikiran, jangan pernah menyesal jadi terlalu baik, kerana hadiahmu bukan pada manusia, tapi Allah.
"Jadi manusia, jadilah manusia yang ada ihsan, yang berhati perut sesama manusia," tulisnya.
Netizen Kurang Senang
Umisya berkata demikian apabila ada Individu yang kurang senang dengan hubungannya bersama madu, Marissa Dania selain menyokong keputusan Aslam yang berkahwin dua.
Berita kehilangan anak sulung Aslam dan Marissa mula heboh diperkatakan selepas dikatakan lahir pramatang dan Aslam mengesahkan berita tersebut.
Julai lalu Marissa menjadi perhatian apabila didakwa sedang berbadan dua apabila baby bump kelihatan di sebuah majlis.
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila kecoh mengenai keputusan dia bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Ahmad Aslam secara senyap Disember tahun lalu.
Lebih mengejutkan, perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah.
"Punya penat netizen back up tapi last-last baik juga dengan orang tu. Tak apa lah, memang patut diduakan. Aslam pun lagi sayangkan Marissa sebab tu kahwin juga diam-diam.
"Tak perlu mengadu and repost video sedih-sedih sebab Misya pun suka ada madu kan. Semoga jodoh Aslam dan Marissa sampai ke syurga," tulis individu tersebut.Berita kehilangan anak sulung Aslam dan Marissa mula heboh diperkatakan selepas dikatakan lahir pramatang dan Aslam mengesahkan berita tersebut.