Hiburan

"Ya, Kami Masih Bersama" - Umisya Mazlan Kongsi Foto Mesra Berpimpin Tangan Dengan Aslam, Demi Elak Fitnah

gempak
Amri Hassan
13/04/2024
00:21 MYT
Sponsor Banner
"Ya, Kami Masih Bersama" - Umisya Mazlan Kongsi Foto Mesra Berpimpin Tangan Dengan Aslam, Demi Elak Fitnah
Madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim iaitu Umisya Mazlan menegaskan dirinya masih bersama dengan suami, Ahmad Aslam.
Membuktikan perkara itu menerusi kemaskini terbaharu di Instagramnya pada Jumaat, Umisya memberitahu dia bukanlah individu yang gemar berkongsi segalanya termasuk hal peribadi di media sosial.
"Yang bertanya, ya, kami masih bersama. Misya tak suka nak expose atas asbab tertentu. Bukan sebab competition, jealousy dan lain-lain.
"Untuk kenangan dan mengelak fitnah hari ini Misya post gambar eid bersama yang diambil masa first Hari Raya," jelasnya.
Dalam hantaran terbabit, Umisya mengenakan pakaian sedondon bersama suaminya, Ahmad Aslam sambil berpimpin tangan di hadapan pintu pagar kediaman mereka.
Terdahulu, Umisya hanya berkongsi fotonya bersendirian di lokasi sama pada hari raya pertama pada Rabu lalu.
Semalam tular video Marissa Dania yang membawa Aslam bertemu dan bersalaman dengan keluarganya termasuk Abby Abadi dan ibu tirinya, Memey Suhaiza.

BERITA TRENDING: Abby Abadi Bertemu Aslam, Netizen: “Sebak Memang Sebak, Dalam Masa Sama Aku Kesian Dekat Bini Pertama”

PILIHAN PEMBACA: Netizen Sejuk Hati Lihat Abby Abadi, Norman Hakim, Memey & Marissa Berkumpul Bersama

Abby dilihat memeluk erat Marissa sebelum bersalaman dengan Aslam. Ribuan komen dan respon pelbagai dengan situasi itu selain timbul anda tanya mengenai status Umisya dan Aslam.
Untuk rekod, Aslam dan Marissa berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.
Kisah pasangan ini tular apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya sehingga bercerai.

BERITA TRENDING: Marissa Dania Dilabel Penyondol, Abby Abadi: “Lelaki Bukan Anak Patung Yang…”

PILIHAN PEMBACA: "Saya Berdamai Dengan Takdir, Jauh Sekali Dalam Proses Penceraian" - Misya Mazlan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024