Model yang juga finalis Asia’s Next Top Model musim keenam Shikin gomez berkongsi berita gembira apabila telah berkahwin dengan usahawan, Rami Aladdin.

Menerusi posting di Instagramnya, Shikin yang berketurunan Melayu-India berkongsi beberapa gambar dan momen indah di majlis istimewa itu.

"Sehari lepas pertunangan, beberapa rakan memberi cadangan untuk mengadakan majlis di situ, di atas air.

"Tanpa teragak-agak, saya terus berkata yes," katanya.

Difahamkan, majlis perkahiwnan tersebut diadakan secara eksklusif di sebuah hotel di Langkawi.

Menariknya, selain tetamu yang hadir dengan persalinan putih, aksi Shikin berjalan di laluan kolam renang turut mencuri tumpuan.

Menggayakan gaun indah sambil memegang sejambak bunga, Shikin kelihatan seolah-oleh berjalan di atas air.

"Macam terapung atas air, cantiknya Shikin".

"My dream wedding, catwalk atas air, suami pun businessman, perfect!".

"Ya ampun, tetamu punya payung pun cantik ya, letopnya," tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

A post shared by Shikin Gomez (@shikingomez)

Terdahulu, Shikin atau nama sebenarnya Siti NurfashikinGomezmengikat pertunangan pada Oktober tahun lalu selepas dia dilamar Rami.

Lamaran itu dibuat di atas kapal layar, juga di sebuah perairan di Langkawi.

Difahamkan, Shikin mula berkenalan dengan Rami sekitar 14 Jun 2020.