Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Netizen Malas Membaca Tegur Perbuatan Hani Fadzil Peluk Pinggang Norman Hakim... Eh, Kenapa Tu?

Kamaruddin Razal 17/10/2018 | 23:28 MYT
Tindakan pelakon Norman Hakim berkongsi sekeping foto bersama isterinya, Memey Suhaiza dan penyampai radio ERA, Hani Fadzil mendapat perhatian netizen.
Hani dan Norman bergandingan menjadi pengacara untuk sebuah majlis persandingan.

Tq niece @hahanybunch for yr guidance & assistance buatkan scripts & queue cards segala bagai utk kita buat #emcee works for #MawarXAfif reception malam tadi.I really appreciate yr efforts cayang❤️ . . Agaknya ada yg tengok kerja2 emcee kitaorang kat #instastory & #instahighlight ,PA sy cakap ada dah yg DM tanya rates utk buat emcee majlis kahwin?Alamakkk saya buat suka2 je utk anak sedara @mawaraminn ,tapi kalau betul serius nak panggil kitaorang in shaa Allah boleh,dengan syarat dua2 free.Kalau nak panggil @hahanybunch je pun boleh,tapi kalau nak panggil saya mesti kena ada @hahanybunch sbb nanti takde orang nak buatkan scripts & queue cards? . . Nways boleh bincang further in shaa Allah.For further inquiry utk tanya rates & booking utk buat emcee,boleh whatsapp PA saya +60162335409 ok??

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Memuat naik foto tersebut di laman Instagram miliknya, seorang netizen menegur tindakan Hani yang memeluk pinggang Norman.
Sedangkan di bahagian kapsyen, Norman telah memberitahu yang Hani merupakan anak saudaranya.
Netizen lain tampil mempertahankan tindakan Hani dan Norman.
Malah, ada juga yang menyamakan wajah Hani dengan anak perempuan Norman, Marissa Dania.
#pelakon #Pelakon #Norman Hakim #Hani Fadzil
;