Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Minta Fuad Rahman Insaf & Ajar Anak Berzikir, Ini Respons Tom

Asyikin Mayudin
10/03/2024 12:55 MYT
Perkongsian video memperlihatkan suami kepada penyanyi Tom iaitu penyanyi Fuad Rahman sedang bermain dram secara ‘miming’ di hadapan bayi perempuan mereka menarik perhatian netizen di platform TikTok.

BERITA TRENDING: Hubungan Masih Baik, Tom Kongsi Momen Bekas Suami Ziarah Anak-Anak

Biarpun rata-rata netizen terhibur dengan aksi Fuad itu namun ada juga antara mereka yang kurang senang melihat video tersebut.

“Insaflah bapa oi. Ajarkan anak yang baik-baik. Doa dan zikir… mulakan dengan simple-simple,” komen individu tersebut.

Tidak melatah, Tom membalas komen itu dengan berkongsi video suaminya sedang berzikir dan berselawat sambil meletakkan bayi mereka atas riba.

Menurut Tom, aktiviti itu merupakan rutin harian suaminya selepas selesai menunaikan solat.

“Rutin harian… lepas solat mesti abang Fuad letak baby kat riba dan bagi dengar Asma Ul Husna dan zikir,” tulisnya secara ringkas.

Untuk rekod, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga kali ketiga dengan penyanyi, Fuad Rahman pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia.

Tom dan Fuad selamat menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka pada 18 Februari lalu.

Mereka juga sepakat memberikan nama Anggun kepada bayi perempuan itu.

Sementara itu, Fuad juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

#Netizen #Tom #Fuad Rahman #Fuad #Anak Tom Fuad
;