Hiburan
Hubungan Masih Baik, Tom Kongsi Momen Bekas Suami Ziarah Anak-Anak
Biarpun sudah lama berpisah, namun bekas suami kepada penyanyi Tom yang dikenali sebagai Junk tetap meluangkan masa untuk menziarahi anak mereka iaitu Adler dan Evas.
Menerusi perkongsian di laman sosial, Tom mengucapkan terima kasih kepada Junk kerana sudi datang melawat anak-anak mereka yang baru saja berkhatan.
“Bekas suami dan isteri datang rumah, melawat anak-anak dia, Adler dan Evans yang baru lepas sunat. Terima kasih Junk (panggilan bekas suami) dan isteri datang menziarah,” tulisnya.
Pada perkongsian itu, bekas suami Tom dilihat duduk di atas sofa bersama dua orang anak mereka yang sedang mengenakan kain pelekat.
Turut kelihatan seorang wanita dipercayai isteri kepada Junk.
Untuk rekod, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.
Dia kemudian mendirikan rumah tangga kali ketiga dengan penyanyi, Fuad Rahman pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia.
Tom dan Fuad selamat menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka pada 18 Februari lalu. Mereka juga sepakat memberikan nama Anggun kepada bayi perempuan itu.
Sementara itu, Fuad juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.
Must-Watch Video