Laman Utama

Netizen Mula Berubah Hati Lihat Kebahagiaan Abang Tesla Bersama Dua Isteri - “Saya Cuma Nak Minta…”

Asyikin Mayudin
12/09/2023
23:45 MYT
Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Abang Tesla melahirkan rasa syukur atas rezeki dijemput ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama dua orang isterinya.
Memohon doa yang baik, Abang Tesla menerusi video yang dikongsikan di TikTok,juga bersyukur kerana mempunyai isteri yang baik dan memahami.
“Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dilimpahkan rezeki dan dijemput lagi sampai ke Madinah untuk menunaikan umrah. Saya sangat bersyukur dan semua yang terjadi atas izin Allah.
“Saya sangat syukur dikurniakan isteri yang baik dan memahami. Apa pun, saya cuma nak minta doa orang ramai untuk doakan yang terbaik untuk kami, kebahagiaan kami,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Abang Tesla juga memohon maaf jika ada terkasar bahasa selain kesilapan yang dilakukan.
“Apa yang silap, kami nak mohon maaf dan andai kata ada terkasar bahasa ke, kami nak mohon sekali lagi maaf. Kami cuma nak minta doa yang baik-baik untuk kami,” ujarnya lagi.
Perkongsian itu nampaknya berbeza dengan sebelum ini kerana rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif dan gembira melihat kedua-dua isteri Abang Tesla bahagia bersama.
“Doakan kebahagiaan untuk Abang Tesla, kak Maj dan Syafiqah. Moga dapat zuriat soleh dan solehah. Bahagia dunia akhirat.
“Semoga Abang Tesla diberi kebahagiaan dan dikurniakan cahaya mata daripada kedua-dua isteri. Amin.
“Semoga menadi inspirasi buat wanita-wanita, isteri-isteri lain untuk hidup bermadu,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, tular di media sosial, Abang Tesla memuat naik gambar bersama dua isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.
Berdasarkan pada kapsyen gambar tersebut, Abang Tesla menyatakan mereka akan bercuti di Turkiye dan menunaikan umrah bersama keluarga.
BACA SINI: Agensi Travel Nafi Taja Abang Tesla & Isteri-Isteri Umrah, Segala Perkhidmatan Hanya...
BACA SINI: Ini Sebab Abang Tesla Bawa Isteri-Isteri Umrah Bersama - “Kita Perlu Cari Allah, Saya Doa Supaya ..."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”

gempak
29/03/2024
03:57 MYT
Abang Tesla nak bantu Datuk Red.
Laman Utama

“Maaf Untuk Apa Yang Telah Berlaku” - Abang Tesla Titip Ucapan Buat Isteri Pertama Sempena …

gempak
28/12/2023
03:55 MYT
Selamat ulang tahun
Laman Utama

Al-Kisah Empat Lelaki Curangi Isteri, Cerai Sampai Poligami

gempak
18/12/2023
03:55 MYT
Hafidz Roshdi, ND Lala, Alif Teega & Abang Tesla.
Laman Utama

"Buat Suami, Berhati-Hati Dalam Tutur Bicara... Share Live Location Walau Tak Diminta" - Dr Izzar

gempak
27/11/2023
09:53 MYT
Beli jiwa isteri tu...
Laman Utama

"Last Man Standing" - Netizen Harap Hafiz Mahamad Setia Dengan Syafiqah Aina!

gempak
27/11/2023
03:33 MYT
Kena warning jangan jadi Teega atau Tesla.