Laman Utama
Ini Sebab Abang Tesla Bawa Isteri-Isteri Umrah Bersama - “Kita Perlu Cari Allah, Saya Doa Supaya ..."
TikToker penuh kontroversi, Abang Tesla atau nama sebenarnya, Mohammad Khaliltizam Yusri 28, mendedahkan ibadah Umrah yang dirancang pada hari ini adalah pertemuan kedua buat isteri-isterinya.
Abang Tesla memberitahu Gempak, kedua-dua isterinya, Nurmajdina Jamari, 28, dan Nursyafiqa Mohd Hanafi, 22, tidak pernah bersua muka kecuali ketika di mahkamah untuk urusan pernikahannya dengan bini muda sebelum ini.
“Mereka pernah berjumpa sekali sahaja sebelum ini. Itu pun atas urusan kami di mahkamah.
“Jadi dengan ibadah Umrah ini saya harap mereka dapat berjumpa dalam keadaan yang baik,” katanya.
Abang Tesla berkahwin dengan isteri keduanya, pada 18 Ogos lalu selepas tiga bulan memaklumkan hasratnya untuk berpoligami kepada isteri pertama.
Abang Tesla atau lebih mesra dengan panggilan Khal memberitahu dia memilih tanah suci Makkah sebagai lokasi percutian mereka demi untuk merapatkan hubungan dia dan kedua-dua isterinya.
“Saya memilih Umrah kerana bagi saya macam mana pun Allah yang akan selesaikan masalah ini. Apa-apa pun kita perlu cari Allah, kalau hubungan kita suami isteri tak baik pun cari Allah.
“Di sana saya yakin akan ada satu kemanisan untuk rapatkan hubungan ni
“Asbab yang berlaku mungkin lepas ni dapatlah kemanisan tu. Saya doa hari-hari minta hubungan kami harmoni, isteri-isteri pun solehah dan saya jadi suami yang adil,” katanya.
Terdahulu, nama Abang Tesla mula menjadi tular apabila dia memuat naik video isteri pertama menangis dalam pelukannya selepas solat subuh iaitu sebelum dia bernikah dengan isteri kedua. Abang Tesla mendapat kecaman kerana didakwa sengaja menjadikan ia sebagai ‘content’.
Must-Watch Video