Netizen Mula Muak Dengan Content Wajah ‘Selenga’ Suami? Ain Edruce Beri Penjelasan: “Muka Itu Lah Yang Buat Saya Jatuh Cinta”
Firdaus
31/05/2024 05:03 MYT
31/05/2024 05:03 MYT
Sering dikecam kerana kerap kali mencipta kandungan lawak bersama suami, pelakon dan pengacara, Ain Edruce mengakui tidak cepat melatah dengan kritikan yang diterima. Sebaliknya, dia akan akan terus memuat naik kandungan yang sama pada masa akan datang.
Buat Konten Untuk Kenangan
Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 33, memberitahu, segala kandungan yang dibuat adalah sebagai tanda kenangannya bersama suami dan bukan untuk meraih perhatian orang ramai semata-mata.
“Sebenarnya Ain buat content dengan suami Ain ni semua bukannya untuk sedapkan hati atau buat orang ramai suka dekat Ain.
“Ain sebenarnya buat konten dengan suami sebagai kenangan, kalau kita simpan dalam telefon berbulan-bulan, kita tak akan tengok balik konten-konten yang kita buat dengan suami.
“Jadi Ain simpan dalam Ain punya TikTok, jadi konten tu Ain akan sentiasa buat, terpulang dekat orang kalau nak tengok ke tak, Ain tak suruh pun mereka tengok,” katanya ketika dihubungi Gempak.

"Untuk pengetahuan orang ramai, sebab muka itu lah saya jatuh cinta dengan dia...
Bercerita lebih lanjut berkaitan suaminya yang dilabel sebagai ‘muka selenga’ oleh netizen, Ain mendedahkan dirinya tidak terasa hati dengan kata-kata yang dilemparkan.
“Perasaan Ain tak adalah marah ataupun gembira. Tak ada rasa apa-apa sangat, sebab Ain dah kenal Mirul (suami) dan kahwin dengan dia dah nak masuk lima tahun dah.
“Muka tu memang dah lama Ain tengok, sebelum bercinta pun memang muka tu, selepas bercinta, selepas berkahwin pun muka tu.
“Jadi bila orang kata muka dia macam tu tak ada rasa apa-apa. Untuk pengetahuan orang ramai, sebab muka itu lah saya jatuh cinta dengan dia,” kongsinya.

BERITA TRENDING: Individu Kecam Konten Ain Edruce & Suami, Netizen Backup - “Kalau Tak Suka Abaikan”
Sekadar info, Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka bersama, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya.Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Hasil perkongsian hidup mereka bersama, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya.