Nampaknya, budaya buli di pelajar masih tidak berkesudahan. Terbaharu, beberapa potong video yang menampilkan aktiviti yang didakwa sebagai membuli oleh sekumpulan remaja lelaki viral di sosial media.

Menerusi video-video berkenaan, kelihatan seramai tujuh remaja lelaki mengelilingi seorang lagi remaja lelaki dan bergilir-gilir menumbuk remaja berkenaan.



Tumbukan dikenakan pada bahagian perut sambil remaja-remaja lain bersorak melihat kejadian berkenaan.

Insiden yang difahamkan disiar secara langsung menerusi sosial media itu mencuit kewarasan netizen, memandangkan kes buli yang sepatutnya tidak berlaku di mana-mana institusi masih berleluasa di sebalik pintu.

“Hero hero Malaya sudah tunjuk taring guys.... mak bapak hantar pergi sekolah asrama belajar bagus-bagus untuk menjadi orang yang berjaya ni tak kot… nak menjadi gangster, masing-masing nak tunjuk gangster ye… cukup la banyak kes yang telah jadi sebelum-sebelum ni… Harap cepat-cepat la insaf,” tulis seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Faez Hamzah.

Meninjau ruangan Twitter pula, pengguna-pengguna di laman sosial berkenaan dilihat naik hantu dan terlalu marah apabila melihat video yang viral berkenaan.



“Ini kalau anak orang mati lepas tu cakap takda niat membunuh?!! Lepas tu bebas tali gantung? Lepas tu sampai bila nak habis gejala buli ni?!!! Sakitnya hati aku!!!!” tulis seorang netizen.

“Tu la kecik-kecik orang suruh minum susu lembu, kau minum susu getah. Kecik-kecik tak nak mampos, besar menyusahkan orang,” tulis seorang netizen dalam nada geram.

“Cukup-cukuplah bagi muka dekat pembuli ni.. Banyak sangat dah kes macam ni. Masukkan dalam penjara. Biar gelap terus masa depan. Kalau mangsa dah mati mulalah cakap membunuh tanpa niat lah, laptop hilang lah.. Geramnya tengok,” luah seorang lagi wargamaya.

“Dekat padang Mahsyar nanti saksi adalah malaikat. Sabar dik Allah SWT akan membantumu. Kenapalah ada otak tak gunakan sebaiknya? Mana akal fikiran Tuhan bagi kau untuk ada sifat belas kasihan pada insan yang lemah. Bertindak seolah-olah kau berkuasa ke atasnya?,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Ramai juga yang berharap agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan dan menjatuhkan hukuman terhadap pembuli yang terlibat, termasuk individu yang merakam kejadian berkenaan.