Media sosial hari ini menjadi kecoh dengan pelbagai pandangan yang dilontarkan netizen selepas banyak video dan foto yang dirakamkan pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur mengalami kesesakan teruk.
Kesesakan yang berlaku dari kilometer KM) 20.1 hingga KM30.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur, berhampiran Bentong itu malah menyebabkan banyak pengguna jalan raya terperangkap sehingga 6 jam dari Tol Gombak menuju R&R Genting Sempah.
Ia kerana salah satu lorong telah ditutup bagi melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.
Apa yang membuat pengguna jalan raya dan netizen ‘naik hantu’ adalah kerja penyelenggaran dilakukan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri yang tinggal beberapa hari lagi.
Lantaran itu sudah ramai warga kota yang mula pulang ke kampung dengan memulakan perjalanan seawal selepas waktu sahur, namun terperangkap dalam kesesakan teruk yang tidak sepatutnya berlaku menjelang musim perayaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sudah memaklumkan perkara itu kepada pihak Anih Berhad selaku pengendali lebuh raya berkenaan.
"Pihak kami dan JSPT Bukit Aman sudah maklumkan kepada pihak Anih bahawa kerja-kerja penyelenggaraan berkenaan iaitu penurapan jalan menyebabkan kesesakan.
"Kesesakan teruk disebabkan di laluan berkenaan, hanya dibuka satu lorong, dan pihak kami serta JSPT Bukit Aman sudah memaklumkan kepada pihak Anih supaya membuka dua lorong," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Maliah Surip
Tue Apr 18 2023


#BIGSTAGE5: Coex Dapat Markah Tercorot, Farhan Shah Dah 3 Kali Bottom Three! Mujurlah Tiada Penyingkiran!
Semak markah penuh!

#PE3: 'Bawa Balik' Inspekstor Sani & Khai Dengan Korang! Figurine Polis Evo 3 Kini Dijual Cuma 100 Unit
Comelnya patung Zizan Razak & Shaheizy Sam!

Shashic & Filzah Selesa Sembunyikan 7 Tahun Percintaan – “Tak Ramai Suka…”
Patutlah tahu tahu dah kahwin

Fasha Sandha Dipuji Humble - “Baju Lama Tapi Recycle Balik..”
Hebat Fasha baju 2017 boleh pakai lagi!

#BIGSTAGE5: High School Crush! Mengimbau Kenangan Lagu Zaman Sekolah
Lagu semua best-best!

Tragedi Keretapi Terdahsyat India, 288 Maut & Ribuan Masih Terperangkap Dalam Gerabak
Takziah keluarga mangsa.

#BIGSTAGE5: “Tak Boleh Terlepas Ada Cinta Hati!” - Ramai Tak Sabar Nak Tengok Amir Ahnaf Jadi Presiden Netizen
Amir Ahnaf jadi Kapla Big Stage ke ni hehehe.

Sumbat Mayat Anak Buah Dalam Mesin Basuh, Rupanya Bapa Saudara Peminat Kisah Pembunuh Bersiri
Rupanya Bapa Saudara Peminat Kisah Pembunuh Bersiri

Scha Alyahya Terkejut! Tersenarai Antara Artis 'Rude' Dalam Trend Di Twitter - "Saya Minta Maaflah, Mungkin Tak Sedar Atau Tak Sengaja ..."
Scha Alyahya pun kena label rude?

#BIGSTAGE5: "Sampainya Hati..." - Digelar Besar Kepala, Degil, Aina Abdul Akan Minta Stylist 'Tone Down'
Aina Abdul kata pakaian yang dipakai sebahagian daripada brandingnya.