Netizen Persoal Guna Pangkat Ketika ‘Wedding’ Adik Ipar, Atikah Suhaime Tampil Perjelas - “Orang Selalu Ingat Suami Saya CEO, Tapi Sebenarnya…”
Khairil Khusyairi
12/10/2024 01:55 MYT
12/10/2024 01:55 MYT
Pelakon Datin Atikah Suhaime mencuri tumpuan netizen di media sosial baru-baru ini.
Hadir Perkahwinan Adik Ipar
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaime, berkongsi momen ketika menghadiri majlis perkahwinan iparnya.
Dalam perkongsian tersebut, Atikah dan suami segak berbaju kurung dan melayu rona kuning lembut.
Dalam perkongsian berbeza, Atikah dan suami turut membuat video ucapan tahniah kepada adik iparnya itu“Congratulations to my adek ipar Nizam Teh! CEO of @zaitun.official. Alhamdullilah,” tulisnya.
Dalam perkongsian tersebut, Atikah dan suami segak berbaju kurung dan melayu rona kuning lembut.
Dalam perkongsian berbeza, Atikah dan suami turut membuat video ucapan tahniah kepada adik iparnya itu
“Congratulations to my adek ipar Nizam Teh! CEO of @zaitun.official. Alhamdullilah,” tulisnya.
Netizen Persoal Guna Pangkat
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah ada individu yang mempersoalkan tindakan Atikah yang menggunakan pangkat CEO tersebut di dalam ucapannya itu.
“Nape nak mention pangkat? Kat batu nisan nanti ada tulis pangkat-pangkat kita ke?,” soal seorang netizen.
Suami Bukan CEO Syarikat
Tidak berdiam diri, Atikah tampil membalas komen tersebut dengan menjelaskan tujuan dia menggunakan pangkat tersebut.
Menurut Atikah, adik iparnya adalah CEO syarikat dan bukannya suaminya seperti yang disangka netizen selama ini.
Menurut Atikah, adik iparnya adalah CEO syarikat dan bukannya suaminya seperti yang disangka netizen selama ini.
“Sebab orang selalu ingat suami Tika yang CEO. Tapi sebenarnya adik ipar CEO zaitun. Suami ada business lain.
“Bukan untuk batu nisan, tapi supaya orang tak confuse dah. Kalau tak, bila adik ipar keluar dengan isteri dia, orang ingat suami kita curang, sebab muka hampir sama.
“So relax sister, kita pun tak heran pangkat-pangkat ni. Cuma Tika asyik kena isteri CEO, padahal bukan kita isteri CEO. Terasa malu di situ. So taknak orang confuse. Okay puas hati sis?,” jelas Atikah.
Untuk info, Atikah Suhaime sah bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Lokman Teh pada Januari lalu.