HIBURAN
Netizen Persoal Hamil Jarak Dekat, Ini Jawapan Isteri Fizo Omar - “Berdosa Ke Saya Yang Sudah Bersuami Ini Mengandung?”
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang mempersoalkan dirinya hamil dengan jarak dekat.
Rezeki zuriat
Menerusi hantaran di Instagram Story, Fazeera menganggap dikurniakan anak ramai adalah rezeki terbesar dari Allah dan dia tidak mampu menolak.
“Berdosa ke saya yang sudah bersuami ini mengandung? Kalau rezeki, takkan saya nak tolak. Saya percaya, setiap cahaya mata ada lorong rezeki yang tak berpenghujung,” katanya.
Fazeera turut memuat naik tangkap layar memaparkan mesej individu terbabit yang berkongsi pandangan mengenai hamil jarak dekat.
ARTIKEL BERKAITAN: Fizo Omar Syukur Isteri Bakal Timang Anak Ketiga - “Ada Sinar Rezeki Di Setiap Cahaya Mata”
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Lalui ‘Bad Day’, Ini Cara Fizo Omar Pujuk - “Apa Yang Dia Buat Sangat Amazing”
ARTIKEL BERKAITAN: “Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak
“Jaga diri awak, ini bukan soal rezeki tapi badan mahu pakai lama. Saya pernah mengandung jarak dekat. Masa bersalin kena tumpah darah sebab tak jaga penjarakan, itu pandangan saya la,” tulis individu itu.
Beri teguran
Dalam pada itu, menerusi satu lagi perkongsian, Fazeera turut memberi teguran kepada sikap segelintir kaum hawa yang seakan-akan mahu menjatuhkan martabat wanita lain.
“Saya rasa tak perlu kot wanita sesama wanita ini ‘down’ kan wanita lain. Sikit-sikit cakap ‘nanti stress cakap anak ramai’, ‘ada pembantu rumah senang lah’, ‘badan mahu pakai lama lah’, ‘mengandung lagi?’, ‘suami tak kesian dekat isteri ke?’.
“Walaupun kalian di luar sana melalui beberapa kepayahan dalam kehamilan, tak perlu tarik orang lain atau cerita benda itu kepada orang lain,” ujarnya.
Pada Februari lalu, Fizo memaklumkan isterinya kini sedang berbadan dua dan bakal melahirkan cahaya mata ketiga mereka.
Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dan mereka sudah memiliki dua anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam.