Tindakan pelakon Sharifah Sakinah membawa kanak-kanak tahfiz menonton filem Pusaka sempena hari cuti menyambut Maulidur Rasul mendapat kritikan sesetengah netizen.

BACA: “Semua Pucat Biru Kat Third Picture”- Sharifah Sakinah Bawa Anak Tahfiz Tonton Pusaka

Tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak dengan membawa pelajar tahfiz menonton wayang, Sakinah menyifatkan tindakannya telah disalah erti oleh netizen sehingga ada yang memberikan komen-komen negatif.

BACA: “Bukan Niat Nak Menyinggung Perasaan Orang” – Sedih Bila Niat Baik Sharifah Sakinah Bawa Pelajar Tahfiz Tonton Wayang Disalah Erti

Menerusi pemerhatian Gempak di laman Twitter, ramai yang tampil mempertahankan niat aktres itu.


Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.