Hiburan
Netizen Pertahan Tindakan Sharifah Sakinah Bawa Kanak-Kanak Tahfiz Tonton Filem Pusaka
Tindakan pelakon Sharifah Sakinah membawa kanak-kanak tahfiz menonton filem Pusaka sempena hari cuti menyambut Maulidur Rasul mendapat kritikan sesetengah netizen.
Tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak dengan membawa pelajar tahfiz menonton wayang, Sakinah menyifatkan tindakannya telah disalah erti oleh netizen sehingga ada yang memberikan komen-komen negatif.
Menerusi pemerhatian Gempak di laman Twitter, ramai yang tampil mempertahankan niat aktres itu.
Sharifah sakinah bawak budak tahfiz g tgk movie pon salah.ya allah,dorang budak lagi kot,tu masuk bahagian entertaiment la.lagipun cerita pusaka tu top,cerita melayu lagi.kinah siap belanja makan kfc lagi apa semua.netizen yg komen,apa bahagian kau?apa yg kau buat?duhhh— Tokyo (@pqamoolan) November 10, 2019
Diorang ni triggered sebab Sharifah Sakinah yang bawa.Kalau Mufti Wilayah yang bawa, lain pula cerita dia.Mesti diorang automatic assume untuk berkongsi pengajaran daripada movie Pusaka tu. https://t.co/Ld9Fjg5K61— Joe Bloggs (@KhalidNorazmi) November 11, 2019
Pusaka, walaupun tak dipasarkan sebagai naskah horror religi, tapi nuraninya bercerita tentang kesangsian manusia kepada tuhan sama macam filem munafik. Sesuai sebenarnya Sharifah Sakinah bawa anak anak tahfiz pergi menonton.— Ashraff Mokhtar (@AshraffMokhtar) November 11, 2019
I don’t know.. besides the age limit.. I don’t find anything wrong when Sharifah Sakinah bring the kids out to watch Pusaka.. then again the kids enjoyed watching Pusaka and said it’s relevant in today’s world..— Juhainie Jumadi (@niennessa) November 11, 2019
sharifah sakinah belanja budak tahfiz tengok pusaka je kot apa yang kecoh sgt ?♂️— sirirat (@iwanzahari) November 11, 2019
Sharifah Sakinah bagi budak2 tu tengok cerita pusaka je, korang rilek la, tu pun nak kecam? tapi tulah ada budak yang rude sikit, apa apa pun lepasni minta jaga adab okay? Lebiuu ? https://t.co/KOabIvX2Mj— ? (@_cndrlla) November 11, 2019
Kesian Sharifah Sakinah. Dia bawak bebudak tahfiz tu tengok filem #Pusaka je pun. Tu pun kena kecam. Takde keje ke netizen ni sial.— Helmie Yusoh (@meishelmie) November 11, 2019
Ape salahnya si Sakinah bawak anak2 tahfiz tengok wayang cite pusaka je kot bukanya cite lucah pun, sampai ade yang cakap petanda akhir zaman wtf, dorang tengok wayang je kot bukan beromen Dalam wayang macam selalu couple haram buat, netizen2 sekarang ni celaka betul— SuperBad (@badrulmohd_mhmd) November 11, 2019
Bawak tengok wayang boleh pulak tak chill? Yang bersepah student tahfiz jual kerepek, kismis, minta sumbangan dekat kedai makan tak bunyi pulak? Come on la depa manusia juga dan perlukan hiburan macam kita juga. Lagipun cerita pusaka bukannya fifty shade https://t.co/sD7VmofnI7— ? (@Muddloyy) November 12, 2019
Tah bodo betul netizen ni ! Pusaka je pun ! Dah la best cerita tu ! Pasal syirik semua tu juga ha kena je dengan tahfiz tu aduiiiiiii masalah bukan porn pun https://t.co/RzklzwdKAK— Princess (@barbielandz) November 12, 2019
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.Itu tak menjadi kesilapan. Pelajar Tahfiz juga manusia dan mereka inginkan hiburan juga bukan malaikat. Lagipun filem Pusaka genre Seram bkn cintan cintun atau cerita omputeh ada scene yang hanya 18 ke atas sahaja. Mereka penghafaz Al Quran bukan Malaikat bgitu dgn kita jugak. https://t.co/ZIpjHBtq7m— Fai Rahmat (@faierahmat) November 12, 2019
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
Must-Watch Video