Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

Ainun
06/09/2024 07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.

Menurut Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33 tahun, belum tiba masanya untuk menyertai program tersebut.

“Saya rasa kena tunggu giliran saya dulu untuk menyertai pertandingan itu dan bagi saya, belum tiba masanya untuk masuk Gegar Vaganza”, katanya ketika ditemui Gempak di sidang media ‘The Chosen One 2024’ bertempat di Colony Star Boulevard KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagaimanapun, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Menahan Rindu’ itu menjelaskan dia tida akan menolak sekiranya diberi peluang menyertai program itu.

“Apabila masanya tiba, pasti saya akan menyertai pertandingan itu kerana saya juga ingin bertanding dalam program tersebut”, kongsinya.

Dalam perkembangan terbaharu, Wany Hasrita merupakan salah seorang coach bagi rancangan kanak-kanak, “The Chosen One 2024’ yang bakal ditayangkan pada 20 September.

The Chosen One 2024 akan bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104).

BERITA TRENDING: Single ‘Madu Dua’ Dikritik Hingga Netizen Komen Takut Berbalik Pada Diri Sendiri, Wany Hasrita Tampil Beri Respons

BERITA TRENDING: Terima DM Netizen Kurang Ajar, Amira Othman Simpati Dengan Wany Hasrita - “Kesian, Tak Ada Dosa Pun Kena…”

BERITA TRENDING: Wany Hasrita Hormat Keputusan Jamal Abdillah - “Perasaan Sedih Ke Apa, Kita Letak Tepi”

BERITA TRENDING: Bergelar Ibu, Wany Hasrita; "Terkadang Saya Sampai Menangis, Tapi Bila Lihat ..."

#Gegar Vaganza #Netizen #Wany Hasrita #Hasrita #Wany #The Chosen One