Hiburan

Wany Hasrita Hormat Keputusan Jamal Abdillah - “Perasaan Sedih Ke Apa, Kita Letak Tepi”

gempak
Asyikin Mayudin
21/02/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Wany Hasrita Hormat Keputusan Jamal Abdillah - “Perasaan Sedih Ke Apa, Kita Letak Tepi”
Penyanyi Wany Hasrita mengakui berasa sedih apabila rakan duetnya iaitu penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah menarik diri daripada menyanyikan lagu mereka, Kucuma di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).
BERITA TRENDING: Hormati Keputusan Datuk Jamal Tarik Diri AJL38, FMC Pilih Afieq Shazwan Jadi Pengganti
Tetap meneruskan perjuangan, Wany berkata dia sebagai penyanyi lagu tersebut akan membuat persembahan yang terbaik pada malam itu nanti.
“Saya tak boleh nak kata lebih dalam hal ini. Tapi apa yang saya boleh cakap daripada pihak saya, sudah tentu saya ada sedikit sedih tapi faham dan hormati keputusan Datuk Jamal.
“Cumanya, saya sebagai penyanyi kita teruskan saja, perasaan sedih ke apa, kita letak tepi. Saya sebagai pendatang baru dalam industri, saya teruskan untuk bernyanyi lagu ini.
“Membawa komposer punya lagu dan buat yang terbaik pada malam itu nanti,” kata Wany kepada Gempak.
Terdahulu, Jamal Abdillah mengesahkan dia sudah menarik diri daripada membuat persembahan di pentas pertandingan itu kerana terikat dengan komitmen lain.
Selain itu, Jamal juga meluahkan rasa kecewa apabila pihak penganjur tidak memberi sebarang bayaran kepada penyanyi yang bertanding sedangkan tiket dijual serta mendapat penajaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live