Hiburan

Netizen Provoke Isu Tatu, Tom Mengamuk Minta Buka Minda - "Islam Tak Islam Bukan Urusan Awak, Allah Terima Taubat..."

gempak
Amri Hassan
29/01/2024
09:57 MYT
Sponsor Banner
Netizen Provoke Isu Tatu, Tom Mengamuk Minta Buka Minda - "Islam Tak Islam Bukan Urusan Awak, Allah Terima Taubat..."
Tiada angin, tiada ribut Tom tiba-tiba meletus gara-gara kiriman mesej provokasi netizen berhubung warna tatunya dan suami, Fuad Rahman.

BERITA TRENDING: GV9: "Arwah Bapa Pernah Kata Saya 'B*doh', Menangis Sebab Cacah Tatu" - Tom Menyesal, Ada…

Menerusi perkongsian paparan skrin di Instagram Stories, Tom mendedahkan perbualannya bersama seorang pengguna yang mempersoalkan warna tatu pasangan suami isteri itu.
"Sorry kalau I tanya soalan sensitif, apa perasaan you ada tatu ya? Kalau yang lama okeylah mungkin dah terlanjur, tak matang lagi.
"Tapi kalau yang baru-baru dah jadi mak ni, I macam terfikir you tak fikir ke mudarat baik dan buruk tatu ni?
"Yelah, kita orang Islam. Sorry I cuma nak tahu, tak ada niat apa-apa. Harap you respon," tulis individu berkenaan.
Tom tampil menjawab pertanyaan individu berkenaan yang meminta agar tidak terus menghukumnya.
"Perasaan saya ada tatu sebab I nak jadi diri sendiri dan minat pada seni tatu. Urusan Islam ke tak Islam tu bukan urusan awak, dan awak pun tak pernah jadi saya.
"Sebab tu manusia tak boleh menghukum dan Allah boleh terima taubat kita sekiranya kita bertaubat.
"Tatu yang saya buat pun tak ada minta dana daripada sesiapa mahupun kamu. Jadi, saya sepatutnya tak layan soalan-soalan alien macam awak.
"Sebagai ibu kepada tiga anak dan bakal empat, tak hiraukan kebencian orang yang melihat saya bertatu. Kepochi betul, buka minda dan selalu keluar lihat orang kat luar," jawab Tom panjang lebar.

BERITA TRENDING: GV9: “Sejujurnya Saya Sendiri Menyesal” - Fuad Rahman Pernah Berniat Buang Tatu, Terima Nasihat…

Bagaimanapun, individu berkenaan terus membalas jawapan Tom dengan menyatakan dirinya sekadar ingin tahu dan bukan untuk melabel pahala atau dosanya.
Balas Tom lagi; "Penat! Tau tak penat! Aku pun tak tahu kenapa aku perlu jawab kat orang yang aku tak kenal macam ni. Depan mata ni memang aku penampar."
Dalam hantaran lain pula, Tom meminta agar orang ramai tidak terus menghukum dan menilainya, malah perlu lebih berfikiran terbuka.
"Serabut si*l, tak habis-habis. Tak malu nak tanya-tanya macam ni. Selagi aku tak jawab selagi tu kau duk tanya lagi.
"Siap nak bandingkan aku dengan Fuad. Fuad tu tatu dia dah lama dan kulit dia gelap. Aku ni kulit cerah memanglah nampak clear, Fuad punya pudar sebab warna kulit dia.
"Jangan push akulah. Aku tak jawab tu tak payahlah tanya-tanya lagi. Ni duk provoke lagi, cakap beza aku dengan Fuad.
"Dahlah sakit perut nak bersalin. Janganlah push aku kalau aku dah tak jawab.
"Pergi keluar, tengok luar. Macam-macam orang lagi kat dunia ni. Buka minda sikit, tak malu ker tanya macam tu?" tulis Tom.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live