Skip to main content

Budaya Popular

Netizen Puji Alif Satar Didik Anak, Kagum 'Ali Berani Jadi ‘Pembantu’ Ketika Proses Penyembelihan - “Acik Pun Tak Tengok Sebab Takut Tau, Good Job”

astro_gempak_netizen-puji-alif-satar-didik-anak-kagumali-berani-jadi-pembantu.jpg
Advertisement

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar mendapat perhatian netizen selepas berkongsi satu video merakamkan anak bongsunya, 'Ali, 6, yang menyaksikan proses ibadah korban dilakukan.


Jadi pembantu Alif

Tidak hanya menyaksikan penyembelihan itu, 'Ali juga turut menjadi sebahagian daripada ‘pembantu’ ketika proses itu berlangsung walaupun masih kecil.

Advertisement

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram pada Sabtu, 'Ali dengan beraninya memegang bahagian kaki kambing sambil melihat sendiri proses penyembelihan yang dilakukan oleh bapanya.

“Muhammad ‘Ali pertama kali jadi pembantu. Bangga dengan awak. Harus mula diajar sejak awal lagi,” tulisnya.

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen memuji keberanian 'Ali menjadi sebahagian ‘pembantu’ selain mengagumi cara Alif dalam mendidik anak-anaknya mendalami ilmu agama.

 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement