HIBURAN
“Tak Style Pun Bila Pukul & Buli Orang, Budak Samseng Tak Akan Berjaya” - Alif Satar
Penyanyi, Alif Satar menyifatkan tindakan memukul dan membuli individu lain bukanlah satu perkara yang membanggakan.
Buli bukan perkara 'cool'
Alif berkongsi perkara itu menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“Tak cool pun. Tak style pun bila kau pukul dan buli orang.
“Budak samseng takkan berjaya. Dunia pun loser, akhirat esok bertambah lagi 'loser’. Don't be among the losers,” tulisnya.
Akibat perbuatan membuli
Malah menerusi video yang dikongsi itu juga, Alif turut implikasi yang bakal mereka hadapi sekiranya melakukan perbuatan tersebut.
“Saya tak tahu siapa yang perlu tengok video ni. Saya ada satu cerita, pengalaman saya masuk penjara dan sempat bertemu dengan penghuni dalam penjara.
“Dan macam-macam masalah dan crime yang pernah meraka buat sehingga duduk dalam tu. Saya nak share sikit, mungkin kepada adik-adik yang rasa mereka gangster sangat, nak tunjuk power sampai nak buli orang sampai sebabkan kematian.
“Ada satu kisah ketika bulan puasa, mereka ni nak buka puasa, saya tanya kepada pegawai penjara kenapa ada satu tong di tengah-tengah antara mereka, rupanya mereka makan dalam tong itu.
“Mereka yang duduk dalam penjara, tiada tingkap, tiada kipas, tiada tilam. Nak buang air dekat hujung bilik. Sangat kasihan,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN:Rita Rudaini Bersuara Isu Buli Di MRSM - “Kenapa Tak Buat Tindakan Dari Awal? Pengurusan & Warden Tidur?”
ARTIKEL BERKAITAN:Tujuh Pelajar Terlibat Kes Buli Disyor Tamatkan Pengajian
ARTIKEL BERKAITAN:Dakwaan Buli Di MRSM, Asyraf Wajdi: “You Touch You Go, Tiada Tempat Untuk Pembuli”
ARTIKEL BERKAITAN:Muncul Di Khalayak Selepas Isu Bodohkan Penjual Air Teh, Gus Miftah Berdoa: “Ampuni Dosa Mereka Yang Kecam & Buli Saya Ya Allah”
ARTIKEL BERKAITAN:Gejala Buli Merisaukan, Tomok Pesan Pada Anak-Anak - “Kalau Ada Masalah Terus Beritahu Cikgu”
Berikut merupakan perkongsian penuh Alif:
Must-Watch Video