Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Netizen Puji Lakonan Azhar Sulaiman Real Gila - "Itu Bezanya, Pelakon Sekarang Harap Package Comel Je"

Umirah Halim
23/02/2024 06:00 MYT
Lakonan pelakon, Azhar Sulaiman menerusi sebuah drama tempatan berjaya menerima pujian positif daripada wargamaya.

Menerusi sebuah perkongsian video oleh seorang individu di platform X, watak sebagai penagih dadah yang dipamerkan Azhar ternyata memberikan kesan kepada orang ramai.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji hasil lakonan Azhar sehingga ada juga yang membezakan kualiti pelakon 'orang lama' dan pelakon baharu.

"Dia ni legend, dari hot muda-muda dulu, dia research dulu watak. Watak Netizen pun dia kaji. Jangan main main.

Berita Trending: Azhar Sulaiman Titip Pesanan Untuk Fathia & Anju - "Tolong Gaduh Belakang Kamera Okay..."


"Dia dah study.Homework yg penting. Itu bezanya dengan pelakon sekarang harap package comel je.

“Real gila siot, ini lah kualiti pelakon yang kita nak.

"Best actor kot. Sekarang ni dah tak ramai pelakon yang boleh berlakon & menjiwai. Orang-orang lama power. Apa la rahsianya. Untuk pelakon-pelakon sekarang especially yang muda-muda & baru-baru ni boleh belajar dan amik tipsnya ni," tulis beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah menerima sebanyak 500 ribu tontonan di Platform X.
#Netizen #Azhar #Lakonan #Puji #Sulaiman