Netizen Puji Zahirah MacWilson Tetap Cantik Walaupun Rambut Serabai Ketika Berpantang - "Aku Baby 6 Minggu Macam Kena Dera Laki”
Asyikin Mayudin
17/07/2024 06:55 MYT
17/07/2024 06:55 MYT
Masih dalam proses berpantang, pelakon Zahirah MacWilson berkongsi perkembangan terkini mengenai cahaya mata keduanya iaitu Inara Raisa yang kini berusia enam minggu.
Kongsi Perkembangan Anak
Menerusi perkongsian di TikTok, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza ini memberitahu berat puterinya kini sudah mencecah 4.5 kilogram.
Malah Zahirah turut mendedahkan anaknya minum susu badan setiap dalam dua hingga tiga jam selain itu gemar dipeluk dan memberi senyuman yang baik.
“Berat, masa lahir 2.7 kilogram, sekarang 4.5 kilogram. Minum selalunya setiap dua hingga tiga jam. Tidur tiga hingga empat jam meregangkan pada waktu malam.
ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah, Aiman Selamat Menyambut Kelahiran Anak Ke-2, Inara Raisa
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
“Hanya minum susu badan. Banyak senyum dan eye contact. Suka dipeluk,” kongsinya yang sedang menikmati setiap masa bersama anak.
Rata-rata netizen di ruang komen memuji kecantikan Zahiran yang masih kelihatan cantik ketika dalam proses berpantang.
Netizen Puji Masih Cantik
“Kenapa masih lawa? Nak tengok gambar saya waktu baby enam minggu ke?
“Serabai saja rambut tapi subahanallah cantik beb. Kalau aku, serabai macam itu dah kena siram pokok rhu.
“Enam minggu baby masih lawa, aku baby enam minggu macam kena dera laki wei,” komen beberapa netizen.
undefined
Zahirah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 31 Mei lalu yang diberi nama Inara Raisa di Perth, Australia.
Untuk rekod Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Isaac Raees, 3 tahun.