Laman Utama

Netizen Respek Zul Ariffin Galas Tanggungjawab, Sanggup Bayar Denda - “Inilah Lelaki Sebenar”

gempak
Izwan Isa
04/10/2022
15:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Respek Zul Ariffin Galas Tanggungjawab, Sanggup Bayar Denda - “Inilah Lelaki Sebenar”
Pelakon lelaki Zul Ariffin hari ini bersetuju untuk membayar denda sebanyak RM30,000 yang diarahkan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah berkongsi sepotong klip video bersifat sumbang di akaun Instagramnya pada Mac lalu.
Bagaimanapun, keputusannya untuk membayar denda dan menggalas tanggungjawab atas tuduhan berkenaan mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen.
Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh netizen, rata-rata bersetuju yang Zul merupakan seorang individu yang berani dalam setiap perbuatan yang dilakukan.
“Zul Ariffin lelaki sebenar.”
“Tak apalah Zul Ariffin nama pun manusia, mana ada yang tak melakukan kesilapan dan salah. Bertabah dan bersabar jer lah, lepas ni kalau ada ura-ura natizen kecam kau, muhasabah diri dan bertenang. Manusia sering melakukan kesilapan dan salah sama ada sedar atau tidak.”
“Muka Zul Ariffin tak payah blur boleh tak sebab tu la muka orang famous yang berani mengaku salah, berani bayar denda, berani setel depan depan.”
“You doing right sir. Insya-Allah ada hikmah.”
“Sekurangnya Zul Ariffin mengaku salah, dan akui kesilapan, daripada orang tu dah buat salah, lepastu tak nak mengaku. So loser.”
“Aku bukan peminat Zul Ariffin. But still, aku respect keberanian dialah untuk mengaku salah dia. Betullah dia cakap, orang, ‘malaikat’ takkan rasa depa bersalah padahal depa pun terlibat sekali. Good job, Zul. Ini buktikan yang anda berani mengaku. Anda tak hipokrit.”
“Tak apa Zul Ariffin. Yang penting lesson learned. Bagus awak ni. Kalau tangan sanggup mencincang, bahu sanggup memikul, jangan ulangi lagi. Bertabahlah semoga istiqomah.”
Terdahulu, hantaran pelakon itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai apabila klip video yang dimuat naiknya dikatakan tidak sesuai untuk dipertontonkan khususnya di Malaysia kerana mengandungi elemen sumbang.
Susulan daripada itu, pelakon dan juga model itu menerima kecaman daripada netizen dengan rata-rata daripada mereka tidak bersetuju dengan tindakan memuat naik video itu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024