Netizen Salah Faham Dengan Soalan Saharul Ridzwan Mengenai Anugerah Pelakon Terbaik

Zulaikha Yusof
November 6, 2018 01:37 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan mencuri perhatian netizen di media sosial Twitter apabila memuat naik sebuah entri.
Menerusi laman sosial tersebut, Saharul menanyakan adakah seorang pelakon yang tidak melakukan aksi bersentuhan boleh memenangi Anugerah Pelakon Terbaik kepada pengikutnya.
"Saya ada soalan, umum. Adakah mungkin bagi seorang pelakon yang tidak mahu melakukan babak bersentuhan dengan bukan mahram mungkin atau layak mendapat 'Anugerah Pelakon Terbaik', tulis Saharul.

Sy ada soalan, umum. ? Adakah mungkin bagi seorang pelakon yang tidak mahu melakukan babak bersentuhan dengan bukan mahram mungkin atau layak mendapat 'Anugerah Pelakon Terbaik'.

— SR (@SaharulRidzwan) November 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tweet Saharul itu ternyata mendapat pelbagai reaksi segelintir netizen yang memberikan pandangan mereka.
Bagaimanapun, tweet seorang pengguna twitter dengan ID @En_Azam ternyata menarik perhatian Saharul.
Sekadar info, Saharul mula aktif di industri hiburan pada tahun 2012 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#pelakon #Saharul Ridzwan #Pelakon