Netizen Samakan Wajah Kimberly Iras Siti Saleha, Ini Respons Tuan Badan!
Umirah Halim
23/05/2024 07:55 MYT
23/05/2024 07:55 MYT
Bintang muda yang semakin naik, Kimberly Chuah tampil mengulas susulan ada individu yang menyamakan wajahnya yang dikatakan seiras pelakon cantik, Siti Saleha.
Perkara ini berlaku apabila tular video sorotan drama Dr Pontianak yang dibintanginya.
Kimberly bagaimanapun merasakan wajahnya itu dikatakan mirip Siti Saleha hanya disebabkan bahagian gigi mereka.
“Mungkin boleh cakap gigi kami sama sebab dua-dua gigi rabbit tapi bila depan-depan tak sama sangat lah.
“Tapi macam comel pula bila orang tengok lakonan saya, orang teringat dia (Siti Saleha),” katanya ketika ditemui Gempak.
Kimberly suka bekerja bersama Siti Saleha
Dalam pada itu, wanita berusia 24 tahun itu mengakui bahawa dia pernah dan suka bekerja bersama Siti Saleha selain berharap agar dapat berlakon sebagai adik-beradik bersama aktres itu pada masa akan datang.
“Saya suka dia, saya suka shooting dengan dia sebab saya pernah shoot dengan dia.
“Saya harap dapat bekerja dengan dia lagi, mana tahu boleh berlakon sebagai adik dan kakak,” tambahnya lagi.
Jangan lupa saksikan #DrPontianak setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna atau strim di Astro GO dan Sooka.
Antara selebriti lain yang turut membintangi drama ini termasuk Sharifah Sakinah, Mierul Aiman, Rashidi Ishak dan ramai lagi.
Sinopsis Dr Pontianak
Mengisahkan tentang Dr. Vivy, seorang pelatih perubatan berusia 26 tahun yang bangun pada suatu hari dengan kecederaan dan paku di belakang lehernya. Anehnya, dia mula mengidam darah.
Berita Trending: Upload Gambar IG Bersama, Netizen Doa Hubungan Mimi Lana & Syafiq Kyle…