Hiburan

Upload Gambar IG Bersama, Netizen Doa Hubungan Mimi Lana & Syafiq Kyle Kembali Bertaut

Muhammad Firdaus
20/05/2024
13:55 MYT
Masih mesra dilihat bersama, pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila memuat naik foto bersama baru-baru ini.

Upload Gambar Bersama

Menerusi entri di Instagram yang dibuat oleh Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, pelakon itu menulis kapsyen berkaitan filem terbaharunya, The Experts di mana dirinya memainkan salah satu watak utama yang digandingkan bersama Syafiq Kyle.
“From Nasi Ganja to the most wanted thieves, twins for life,” tulis Mimi.

"InsyaAllah berjodoh, amin...

Kapsyen yang ditulis itu bagaimanapun menarik perhatian ramai, di mana rata-rata netizen di ruangan komen mendoakan agar Mimi Lana dan Syafiq Kyle kembali bertaut setelah hubungan mereka yang terjalin sebelum ini terputus di tengah jalan.
Sekadar info, Mimi Lana dan Syafiq Kyle sebelum ini pernah membatalkan niat mereka untuk mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu atas sebab-sebab tertentu.
Walaupun hajat untuk ke jenjang pelamin tidak kesampaian, kedua-dua selebriti itu tidak menafikan bahawa mereka masih bersahabat baik dan selesa antara satu sama lain.

BERITA TRENDING: Seminggu Mimi Lana Menangis Sebab Potong Rambut Pendek - “Saya Rasa Tak Boleh Terima…”

Dalam perkembangan lain, Mimi Lana telah membintangi filem terbitan Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures yang bakal bersua dengan penonton bermula 23 Mei ini di pawagam seluruh negara.
Filem The Experts turut dijayakan dengan pelakon-pelakon terkenal tanah air lain seperti, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Maya Karin dan Tony Eusoff.
Sumber: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

gempak
26/07/2024
01:15 MYT
Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi Jumaat.
Hiburan

Dakwaan Harith Iskander Berlaku Curang, Bekas Isteri Pilih Untuk ‘Tutup Buku’ - “Apa Yang Penting, Kami Memaafkan Antara Satu Sama Lain”

gempak
25/07/2024
06:25 MYT
Susulan pengakuan pelawak Harith Iskander yang mengakui rumah tangga retak akibat kesilapan sendiri mengundang pelbagai spekulasi netizen yang ada antaranya mendakwa ia kemungkinan melibatkan kecurangan.
Hiburan

Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

gempak
25/07/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.