Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Samakan Watie Dengan Watak Anjali Sharma Dalam Filem Kuch Kuch Hota Hai - “Insya-Allah Watie Akan Jadi…”

Izwan Isa
03/06/2023 13:50 MYT
Masih tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum menjelangnya majlis pernikahan pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu dengan pilihan hatinya, Watie Hanafiah.

Tentulah, masa yang ada ini digunakan sebaiknya oleh kedua-duanya untuk melunaskan apa yang perlu, selain sibuk mengaturkan majlis besar mereka pada 23 Jun nanti.

BACA: Tunang Shuib, Watie, Selesai Kurses Kahwin Di Usia 35 Tahun - "Orang Kata Yang Lambat Selalunya..."

Sungguhpun sibuk menanti hari bahagia bergelar Ratu Sehari, Watie dilihat sempat menghabiskan masanya bersama anak Shuib, Ayash.

Menerusi video yang dimuat naik, Watie dilihat begitu gembira menghabiskan masa bersama putera bongsu Shuib itu.



Pada ruangan kapsyen, Watie menulis: “Ku sedar bukan kuasa ku, hanya Tuhan yang bisa memberi, cinta dia maha indah, ditakdirkan bersama,” tulis Watie.

Meninjau ruangan komen, ramai memuji penampilan Watie yang semakin sopan dengan pemakaian tudung yang labuh.

BACA: [VIDEO] "Terima Kasih Kerana Pilih Saya Jadi Ibu Awak..." - Terharunya Ucapan Watie Hanafiah Buat Anak Perempuan Shuib

Selain itu, ada juga yang menyatakan, perjalanan kisah cinta Watie mirip dengan watak Anjali dalam filem Hindi popular, Kuch Kuch Hota Hai.

“Bila tengok ni teringat pula Kuch Kuch Hota Hai Anjali.. Insya-Allah Watie akan jadi ibu yang baik buat anak-anak Shuib dan arwah Siti Sarah. Happy muka Ayash,” tulisnya.

Shuib bertunang dengan Watie pada 5 Mei lalu.

Terdahulu, Shuib kehilangan arwah Siti Sarah yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan.

#Shuib SepahTu #Ayash #Hai #Hota #Kuch #Watie Hanafiah,
;