gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Saya Masak Bukan Untuk Awak" - Zara Zya Balas Teguran Netizen Masuk Daun Kari Dalam Asam Pedas
HIBURAN
Peminat Dipenjara 2 Tahun Fitnah Shin Se Kyung
GAYA HIDUP
#BisikanTerlarang: Belum Sedia Berkahwin, Risau Komitmen & Risiko Salah Pilih Pasangan - "Takut Kena Pukul Dengan ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Netizen Sayu 'Pak Cik' Diusir Dari Surau Perumahan, Alasan Penduduk Bayar Maintenance - "Kalau Boleh Kita Nak Kunci ..."

Amri Hassan
Amri Hassan
27/06/2025
12:25 MYT
Sponsor Banner
Netizen Sayu 'Pak Cik' Diusir Dari Surau Perumahan, Alasan Penduduk Bayar Maintenance - "Kalau Boleh Kita Nak Kunci ..."
Tindakan seorang wanita yang difahamkan juga ahli jawatankuasa surau menegur dan meminta seorang jemaah lelaki beredar daripada sebuah surau di kawasan perumahan mencetuskan perhatian serta perdebatan dalam kalangan netizen.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh pengguna akaun X (Twitter) @talam824, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika seorang lelaki hadir ke surau berkenaan semata-mata untuk menunaikan solat Subuh. Namun, wanita terbabit memintanya keluar atas alasan tertentu yang dipertikaikan.
“Patut ke meminta seorang pak cik yang datang hanya untuk solat untuk keluar daripada surau yang terletak di dalam kawasan perumahan ini dengan alasan tersebut?” tulisnya.
Difahamkan, tindakan wanita tersebut dibuat susulan insiden kecurian yang berlaku di surau tersebut sebelum ini. Wanita itu juga memaklumkan bahawa surau itu merupakan harta bersama penduduk dan dikendalikan hasil bayaran penyelenggaraan (maintenance) oleh penghuni kawasan terbabit.
“Ini adalah harta bersama penduduk, mereka membayar maintenance (penyelenggaraan). Kalau boleh, kita nak kunci surau,” jelas wanita itu kepada jemaah yang berada di dalam surau.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh wanita berkenaan. Ramai menyifatkan ia bertentangan dengan semangat surau sebagai rumah ibadah yang seharusnya terbuka kepada semua umat Islam.
“Ini manusia akhir zaman. Orang nak buat ibadah pun dihalau. Macam mana orang nak suka datang masjid atau surau?” tulis pengguna @onetakeshi.
“Patutnya kena rasa bersyukur ada orang yang ‘hidupkan’ lagi surau tu,” ujar @farhana pula.
“Harta bersama untuk pahala, segannya nak usir tetamu Allah,” luah @Isnatulatul.
Topic Berkaitan
#Viral
#Masjid
#Solat
#Surau
#Jemaah
#Usir
#Perumahan
#AJK
#Maintenance
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement