Berita

Netizen Sebak Lihat Abby Abadi ‘Tinggal’ Anak di Turki

gempak
Syafiqah Jalal
06/02/2018
04:05 MYT
Sponsor Banner
Netizen Sebak Lihat Abby Abadi ‘Tinggal’ Anak di Turki
Bekas pelakon, Abby Abadi bersama keluarga telah ke Turki mengiringi anak lelakinya, Danish Hakim yang menyambung pengajian hafazannya di sana.
Selain dilihat bercuti bersama suaminya dan dua lagi anak perempuannya, Abby turut menguruskan beberapa kelengkapan akhir Danish di sana.
Video dan foto yang dikongsi di akaun Instagram (IG) peribadinya ketika menghantar anaknya kali terakhir ke pusat pengajiaan di sana telah mendapat perhatian netizen.
Rata-rata netizen sebak saat melihat bekas isteri Norman Hakim itu memeluk erat anaknya sebelum meninggalkannya.
Tidak kurang juga netizen yang memuji Abby seorang ibu yang bertuah kerana memiliki anak seperti Danish.
Abby bagaimanapun turut berbangga kerana anaknya seorang yang berani dan tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan serta kesejahteraan anaknya di sana.
??❤️ . Ketika *Imam Syafie* pergi ke Mesir untuk berjumpa guru beliau *Imam Malik*, meminta untuk didoakan; . kemudian kata Imam Malik, *"kamu telah tersalah alamat datang ke sini dan minta untuk didoakan oleh aku!"* . Imam Syafie bertanya: *"kenapa?"* . Imam Malik menjawab: "di *rumah kamu* ada *seorang* yang *doanya 100 000 kali ganda* daripada aku!" . Imam Syafie bertanya: *"siapakah itu?"* . maka jawab Imam Malik: " *Ibu kamu* ! ? *Doa Ibu* itu *tidak ada hijab* antara dia dengan *Allah SWT*! . PS: Kalau Abang baca insta Mama ni nanti, Mama nk Abang tahu, Mama tak pernah putus doa utk Abang, utk anak3 Mama. Doakan Mama panjang umur utk terus jaga anak3 bertuah Mama ni supaya selamat di akhirat nanti ye Abang. Bagi yg masih ada ibu! Alhamdulilah; kasihlah dan jaga mereka seperti mereka menjaga dan kasih kepada kita semasa kita kecil dahulu. AlFatihah utk yg telah pergi? . PS: Jumpa lagi Abang. Jangan putus doa utk Mama Abah, Papa Mummy, Adik2, Opah Atuk, Mak long dan semua keluarga Abang ye Abang. Panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi ??
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
"Kesayangan dunia akhirat" ❤️ . Semoga ALLAH redha Semoga ALLAH terus beri kekuatan Untuk Mama berjuang Membesarkan anak3 sebaiknya Mengikut acuan DIA ? . BUAH HATI, ANTARA PERHIASAN DAN UJIAN KEIMANAN ALLAH SWT jadikan segala sesuatu yang ada di permukaan bumi sebagai perhiasan bagi kehidupan kita di dunia, termasuk harta dan anak-anak. ALLAH Subhanahu wa Ta’ala berfirman, زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَاْلأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَئَابِ Dijadikan indah pada pandangan (manusia) kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (surga). [Ali Imran:14] . Disisi ALLAH tempat kembali yg kekal. Fahamkan bersama. Harta dan anak-anak sekadar perhiasan tetapi amalan2 yang kekal utk kita & utk mereka adalah seperti solat, membaca ALQURAN, tutup aurat & sbgnya adalah lebih baik pahalanya di sisi ALLAH jika kita mengetahui ?
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Foto/video: Instagram Abby Abadi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live