Netizen Sebak Lihat Abby Abadi ‘Tinggal’ Anak di Turki

Syafiqah Jalal
Februari 6, 2018 04:05 MYT
Bekas pelakon, Abby Abadi bersama keluarga telah ke Turki mengiringi anak lelakinya, Danish Hakim yang menyambung pengajian hafazannya di sana.
Selain dilihat bercuti bersama suaminya dan dua lagi anak perempuannya, Abby turut menguruskan beberapa kelengkapan akhir Danish di sana.
Video dan foto yang dikongsi di akaun Instagram (IG) peribadinya ketika menghantar anaknya kali terakhir ke pusat pengajiaan di sana telah mendapat perhatian netizen.
Rata-rata netizen sebak saat melihat bekas isteri Norman Hakim itu memeluk erat anaknya sebelum meninggalkannya.
Tidak kurang juga netizen yang memuji Abby seorang ibu yang bertuah kerana memiliki anak seperti Danish.
Abby bagaimanapun turut berbangga kerana anaknya seorang yang berani dan tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan serta kesejahteraan anaknya di sana.
Foto/video: Instagram Abby Abadi
#pelakon #Abby Abadi #Pelakon #Norman Hakim #Tahfiz #Turki