Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

Khairil Khusyairi
23/10/2024 20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.

Keadaan Terkini Pak Lan

Terbaharu, Ustaz Haji Taufik berkongsi keadaan terkini Pak Lan ketika menziarahi pelakon filem Munafik 2 itu baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ustaz Haji Taufik turut memohon semua untuk mendoakan agar Pak Lan terus diberikan kesihatan.

“Keadaan terkini Pak Lan (Roslan Saleh) pada (23/10/2024).

“Pak Lan telah buta seumur hidup sejak 4 tahun lalu asbab kencing manis dan keadaannya semakin hari semakin uzur.

“Mohon doa dari semua,” kongsinya.

undefined

Netizen Doa Kembali Sembuh

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet mendoakan Pak Lan terus diberikan kesembuhan.

Terdahulu, isterinya, Zainun Majid, 60, memaklumkan, suaminya kerap mengalami batuk berdarah.

Untuk info, Pak Lan mengalami masalah kesihatan sejak 2018 apabila kehilangan daya penglihatannya kedua-dua belah matanya disebabkan masalah glaukoma.

Malah, Pak Lan juga tidak mampu berjalan sendiri dan perlu dipapah untuk bangun.

Buat yang ingin menyumbang bagi meringankan beban keluarga Pak Lan, boleh terus hubungi keluarga beliau di Kampung Rantau Panjang, Alor Gajah, Melaka.

#pelakon #Sakit #Roslan Shah #Veteran #Pak Lan #Uzur
;