Laman Utama

Netizen Sekolahkan Individu Merungut, Salahkan Pemotong Rumput Kotorkan Kereta Baru Basuh- “Tak Ada Adab & Empati Ke?”

Gempak
04/12/2023
14:55 MYT
Satu video di Platform X baru-baru ini tular selepas memaparkan seorang individu merungut apabila keretanya terkena cebisan rumput ketika dia sedang menunggu di kawasan lampu isyarat.
Dalam entri berkenaan, dapat didengari empunya kereta meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang pekerja yang sedang melakukan proses pembersihan selepas kereta yang baru saja dicuci, dikotori oleh cebisan tanah dan rumput.

BERITA TRENDING: Netizen Kritik Wanita Selfie Masa Sujud - “Hidup Berimamkan Media Sosial Macam Ni Lah”

“Aku marah ni! La ilaha illallah…Kereta dah lah baru basuh! Ya Allah Ya Rabbi, apa benda ni, apa benda ni!,” getus individu berkenaan. Menjengah ke ruangan balas ciapan, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan sikap individu itu yang disifatkan sebagai seorang yang tidak beradab.
“Akak ni tak ada adab dan empati ke? Memekak je,”
“Memekak nak mamp*s. Ingatkan kena batu ke apa. Nanti park tepi lap lah rumput tu,”
“Dah tahu orang mesin rumput tak payah lah duduk tepi tu. Kisah pula kau baru basuh ke tak.”
Untuk info, semasa artikel ini ditulis, video berkenaan berjaya meraih 76,000 tontonan serta lebih 100 tanda suka oleh warganet.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.