Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Netizen Senaraikan Selebriti Sokong Israel Di Media Sosial, Syor Untuk Unfollow

Izwan Isa
09/10/2023 09:50 MYT
Baru-baru ini, Hamas melancarkan serangan terbesar dalam tempoh beberapa tahun ke atas Israel, dalam tindak balas mengejut yang menggabungkan gerakan pejuang melintas sempadan dan bedilan ribuan roket dari Semenanjung Gaza.

Insiden kali ini adalah yang paling serius sejak Israel dan Hamas berperang selama 10 hari pada 2021, dengan media Israel melaporkan pertempuran bersenjata antara kumpulan pejuang Palestin dengan pasukan keselamatan tercetus di bandar-bandar sekitar selatan Israel.

Tentu sekali, serangan ini meraih perhatian wargamaya dan juga selebriti antarabangsa terkenal.

Menerusi platform X, seorang pengguna menyenaraikan selebriti yang menyatakan sokongan terhadap Israel dan mencadangkan agar selebriti ini tidak lagi diikuti di media sosial.

Antara selebriti yang menyatakan sokongan terhadap Israel:

Sofia Richie
Kris Jenner
Jennifer Love Hewitt
Sarah Michelle Gellar
Kylie Jenner (telah dipadam)
Jamie Lee Curtis
Amy Schumer
Ashley Tisdale
Mandy Moore
Josh Groban
Gal Gadot
Paris Jackson

BACA: Aliff Syukri Tersalah Letak Bendera Negara Sudan, Niat Nak Bagi Sokongan Pada Palestin - "Saya Bangga Dengan...​

BACA: Simon Cowell Batal Penglibatan Sebagai Juri X Factor Israel​

#Israel #Palestin