Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Netizen ‘Serang’ Laman Sosial Imran Aqil Sebab Dahlia Rizal - “I Rasa Posting Imran Tak Ada Hate Dekat Dia…”

Asyikin Mayudin
28/07/2024 01:55 MYT
Pelakon Imran Aqil mengakui dia jarang menerima komen kecaman atau netizen melemparkan kebencian di laman sosial miliknya.

Jarang Terima Komen Negatif

Imran berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu di podcast Sembang Atas Dulang bersama pempengaruh dan personaliti media sosial, Ceddy menerusi Syok.

“Sebelum ini, I would say macam posting la juga. I jarang juga sebenarnya (terima kecaman),” kata Imran.

Dahlia Penyebab Komen Penuh

Isteri kepada Imran iaitu pempengaruh Dahlia Rizal yang turut menjadi tetamu di podcast itu bagaimanapun berkata netizen yang meninggalkan komen negatif di laman sosial suaminya disebabkan dirinya.

“Kalau dia post pun, yang ada I, yang hate (benci) itulah I, bukan Imran. I rasa posting Imran tak ada hate dekat Imran. Kalau I tengah viral dan Imran tengah post time I tengah viral, komen itu full dengan I walaupun video itu tak ada I pun.

“Diorang akan cakap ‘oh your wife ini, your wife itu’,” kata Dahlia.

A post shared by SYOK (@syok.bm)

Dahlia sering kali menjadi mangsa serangan netizen di laman sosial apabila berlakunya sesuatu yang viral melibatkan dirinya.

Apa saja kenyataan yang dikeluarkan Dahlia di laman sosial sentiasa menjadi perhatian netizen malah model muslimah itu juga pernah dikecam gara-gara didakwa menyokong produk Pro-Israel.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Baca Taklim Sebelum Tidur, Rutin Rumah Tangga Sakinah Mawaddah Warahmah Dahlia Rizal

ARTIKEL BERKAITAN: Takut Dosa, Dahlia Rizal Cuba Dulu Produk Sebelum Terima Jadi Duta - "Menipu Tak Bagus"

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Duta Produk Pro-Israel, Dahlia Rizal Mohon Maaf - “Saya Hanya Model..”

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Baru Kongsi Tentang Palestin, Dahlia Rizal Rasa Seperti Difitnah

#Netizen #Kecaman #Komen #Imran Aqil #Dahlia Rizal #Isteri Imran Aqil #Suami Dahlia Rizal