Menerusi laman media sosial, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati dan sebak mengenangkan nasib pelakon filem Kuliah Cinta itu.
Malah, ramai juga yang mendoakan Zahnita agar selamat dan dipermudahkan urusan berdepan detik sukar ini.
Selain itu, ada juga warganet yang tidak menyangka rumah tangga Zahnita bersama suami kembali retak biarpun Zahnita pernah berhasrat ingin berpisah sebelum ini.
“No wonder lah selalu buat content muka ‘dull’ macam mati rasa.
“No wonder diam-diam startup pie business as "backup plan". Beli rumah lain untuk "bake pies".
“Zahnita domestic abuse is no joke and should never be forgiven! Hope she get her way out soonest,” harap netizen lagi.
Terdahulu, Zahnita atau nama sebenar, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, berkata, seboleh-bolehnya dia enggan membuka pekung di dada, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian (pendedahan).
Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.