Pelakon, Zahnita menegur sikap seorang individu yang membandingkan dirinya dengan aktres, Che Puan Sarimah Ibrahim dan juga Marion Caunter.

Zahnita menerusi video terbaharu di akaun Instagram miliknya berkata sekiranya tidak menyukai konten yang dimuat naik maka tiada keperluan bagi individu itu mengikuti laman sosial miliknya.

“Sekiranya anda tidak menyukai konten saya, silakan beredar. Dah lama tak membebel kan? Ruangan ini hanya pandangan.

“Bukan pandangan saya tetapi pandangan awak tentang saya. Ya memang sangat berbeza dan rare berbanding dengan apa yang anda lihat.

“Konten saya lebih kepada realiti dan saya berasa sangat berbesar hati dapat berkongsi dengan anda semua,” tulisnya.

A post shared by @zahnita

Malah ujar Zahnita lagi, ruangan media sosialnya itu adalah untuk wanita-wanita yang mahu memberikan sokongan antara satu sama lain.

“Ruangan ini adalah tempat healing spot, zon selesa untuk wanita lain yang berfikiran seperti saya. Tempat di mana mereka boleh bertenang, berhubung dan bergelak ketawa serta berasa tidak keseorangan.

“Mungkin saya mempunyai masalah mental terutamanya dengan orang seperti awak,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Keadaan Terkini Model & Pelakon 90-an Zahnita Wilson Sampai Hilang Followers IG!

Terdahulu, seorang individu mendakwa Zahnita mempunyai masalah kesihatan mental selain membandingkan kecantikan dirinya dengan Che Puan Sarimah dan Marrion Counter.

Sebelum ini, Zahnita pernah menjadi kegilaan ramai ketika zaman 90-an kerana memiliki tubuh badan yang tinggi, kurus dan wajah cantik semula jadinya.

Malah wajahnya juga sering kali menghiasi muka depan majalah-majalah terkenal dan antara heroin yang menarik perhatian peminat terutama lelaki.