VIRAL
Netizen Sokong Bonda Rozita, Ibu Mentua Dari Syurga - “Rezeki Terindah Seorang Menantu Perempuan Adalah Dapat Ibu Mentua Yang Menghargainya”
Usahawan terkenal, Bonda Rozita dipuji netizen kerana mempertahankan menantunya, Datin Shahida susulan isu tular berkaitan dengan pelakon, Datin Rebecca baru-baru ini.
Ibu mentua dari syurga
Rata-rata netizen melabelkan Rozita sebagai ibu mentua dari syurga yang menjaga menantunya dengan baik.
Malah netizen juga berterima kasih kepada Rozita kerana membela Shahida yang dianggap sebagai menantu yang baik oleh netizen.
Antara komen yang diberikan netizen:
“Terima kasih bonda rozita menjadi mertua yang membela menantunya Datin Shahida. Love ayat bonda Rozita,”
“Rezeki terindah seorang menantu perempuan adalah dapat ibu mertua yang memahami, menghargai dan menyayangi dia seperti anak kandungnya sendiri. Tahniah bonda dan Ida. Alahmdulillah,”
“Satu kelebihan keluarga ini adalah mereka saling melindungi dengan cara berhemah. Terbaik,”

Terdahulu, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menafikan dakwaan Datin Shahida bahawa dia lebih sudu dari kuah apabila kerap memuat naik gambar kakak ipar barunya, Bonda Rozita Ibrahim.
Tak berdiam diri, anak Rozita iaitu Maryam Nur Imani juga bersuara mempertahankan Shahida.
BERITA TRENDING:Terima Teguran 'Abang Long', Rebecca Padam Video, Hantaran Bertelagah Sesama Ahli Keluarga - "Kita Doakan Agar ..."
BERITA TRENDING:Aliff Syukri Akhirnya Bersuara Isu Keluarga, Mohon Hentikan Segala Pertengkaran - “Kri Hanya Nak Mak Bahagia, Maaf Kalau Kri Salah…”
BERITA TRENDING:Datin Shahida Bidas Dakwaan Gila Populariti & Tumpang Hasil Kekayaan - “Baik Saya Duduk Dirumah Habiskan Duit”
BERITA TRENDING:Didakwa Gila 'Glamour', Rebecca Nur Al-Islam Bidas Isteri Aliff Syukri - “Adakah Makcik Ini Bodoh Atau Bercakap Tak Menggunakan Akal?”
BERITA TRENDING:Tular Video Berpegangan Tangan Dengan Seorang Lelaki, Netizen Dakwa Itu Suami Baru Bonda Rozita?
Malah Bonda Rozita Ibrahim juga turut meluahkan penghargaan tulus terhadap menantunya, Shahida, menerusi satu hantaran di Instagram yang menyentuh hati ramai.
Rozita menyifatkan Shahida sebagai 'beauty with brain', Rozita mengakui wanita itu bukan sahaja isteri kepada anak lelakinya, Datuk Aliff Syukri, malah sahabat sejati yang sentiasa ada saat suka dan duka.