Netizen Spekulasi Elfira Loy Ada BF Baru... Ye Ke?

Kamaruddin Razal
Ogos 20, 2018 15:33 MYT
Entri terbaru di laman Instagram pelakon Elfira Loy menarik perhatian netizen.
Pelakon itu memuat naik foto bersama seorang jejaka dan menulis 'buang kebencian, lahirlah kegembiraan' di ruangan kapsyen.
Namun begitu, wajah jejaka terbabit tidak jelas kelihatan.
Rata-rata peminat Elfira mula berteka-teki mengenai identiti jejaka tersebut.
Selain itu, netizen juga mula berspekulasi dan menganggap Elfira kini telah bertemu pengganti dan lelaki yang berada di dalam foto tersebut merupakan teman lelaki baru Elfira.
Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi namun jodoh mereka tidak kesampaian.
#pelakon #Elfira Loy #Pelakon