Netizen Suruh Dewi ‘Resign’ Selepas Dikaitkan Dengan Isu Rumah Tangga Jofliam & Cik Epal - “Kau Itu Isteri Orang, Patutnya…”
Ainun
01/10/2024 07:55 MYT
01/10/2024 07:55 MYT
Konflik rumah tangga Jofliam masih menjadi bualan hangat netizen selepas pendedahan pempengaruh dan usahawan yang didakwa dirinya difitnah berlaku curang dengan pembantu peribadinya dikenali sebagai Dewi.
Pelbagai reaksi mengenai isu itu, terdapat netizen yang berkongsi pendapat mengenai tindakan Jofliam tetap membawa Dewi ke Milan, Itali sedangkan wanita itu didakwa menjadi punca konflik yang berlaku dalam rumah tangganya.
Menerusi perkongsian di platform X, seorang individu beranggapan Dewi sepatutnya mengundur diri dengan meletakkan jawatannya sebagai pembantu peribadi. “Sepanjang aku baca cerita Jofliam, aku nampak macam Jofliam ini nak menangkan Dewi.
“Wahai Dewi, kau itu isteri orang. Kau sepatutnya resign kalau majikan kau ada masalah dengan bini dia disebabkan kau.

“Common sense kau pula mana Dewi,” katanya menerusi aplikasi X.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat individu tersebut dengan mengatakan Jofliam seakan-akan tetap mencuba untuk menangkan pekerjanya itu.
Antara komen yang ditinggalkan:
“Dia cakap dia lebih selesa dengan orang luar dan percayakan dewi dari orang lain tu dah lain macam”
"Dia pos gambar bersama Dewi, tapi sekarang dia dah padam. Dia kata itu perkara biasa bila bergambar dengan pekerja sendiri, tapi orang yang melihat pun rasa pelik dan tak faham kenapa dia masih simpan pekerja yang dah buat keluarganya retak. Pecat sahajalah. Kalau aku jadi Cik Epal pun, aku akan terasa”
“Aku benci bila lelaki itu beria-ia mengatakan Dewi ada masalah rumah tangga disebabkan dirinya. Jadi, dia rasa bersalah kemudiannya belikan hadiah dan bawa ke Milan. Hello, apa yang pelik sangat ni? Kalau Dewi tak ada masalah, dia sepatutnya dah berhenti kerja dan tak jumpa kau lagi. Kenapa pula masih bekerja, dan suaminya pula benarkan dia pergi ke Milan?,” kata dari netizen.
BERITA TRENDING: Harumkan Nama Malaysia, Jofliam Tersenarai Dalam 100 Chef Pizza Terbaik Dunia - “Saya Tahu Isu Panas Hari Ini Akan Buat Pencapaian Ini Tak Dihargai”
BERITA TRENDING: Swafoto Jofliam Bersama ‘Dewi’ Tular, Netizen Mulakan ‘Operasi Serang’ Wanita Didakwa Punca Konflik Berlaku - “Saya Tahu Ada Gambar…”
BERITA TRENDING: Bawa Pembantu Peribadi Ke Milan, Netizen Anggap Jofliam Tak Jaga Hati Cik Epal? - “Walaupun Dah Bercerai..”
BERITA TRENDING: “Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan
Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah berjaya meraih sebanyak 1 juta tontonan dan mendapat 6,800 butang suka.